HAMZAH ZAINUDDIN BAKAL DITENTANG CALON UMNO

 


Panas! Muhammad Amin disebut-sebut bakal calon UMNO lawan Hamzah di Larut?

 Muhammad Amin disebut-sebut bakal calon UMNO lawan Hamzah di Larut?

NAMA Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad pernah dikaitkan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) bagi Parlimen Larut yang menunjukkan kesungguhan UMNO untuk merampas semula kerusi berkenaan daripada Bersatu.

Namun, Saarani kemudiannya menafikannya dan menjelaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh UMNO Perak.

Saarani memberi kepastian UMNO bertanding di kerusi Parlimen Larut yang dimenangi mereka pada PRU-14 oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin dan dengan menetapkan kriteria calon UMNO sudah pastinya anak tempatan.

Persoalannya, siapa calon UMNO yang layak menentang Hamzah yang kini merupakan Setiausaha Agung Bersatu?

Dalam memperkatakan individu UMNO berpengaruh di Larut, ia tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Muhammad Amin Zakaria.

Sebelum Hamzah keluar UMNO, Muhammad Amin merupakan timbalan kepada Hamzah yang ketika itu merupakan Ketua UMNO Bahagian Larut.

Ditanya sama ada beliau merupakan calon untuk menentang Hamzah, Muhammad Amin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau berkata, beliau belum ‘dilamar’ namun akur dengan mana-mana calon yang akan dipilih nanti.

Dengan rekod sebagai bekas Exco dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, Muhammad Amin dilihat calon paling sesuai untuk memastikan UMNO merampas Parlimen Larut.

“Saya serah pada pucuk pimpinan untuk membuat pilihan calon. Saya hanya buat kerja macam biasa sekali pun kalau dipilih.

“UMNO yakin merampas Parlimen Larut berdasarkan kekuatan ahli akar umbi. Siapa pun calon yang akan dipilih nanti, kami akan bekerja untuk habis-habisan memastikan kemenangan,” katanya kepada Utusan Online baru-baru ini.

HAMZAH ZAINUDDIN

Kata Muhammad Amin, Bersatu Larut juga kini dilanda krisis, ibarat retak menunggu belah kerana ada sekumpulan pemimpin yang tak bersetuju dengan jawatankuasa bahagian yang dilantik.

“Itu tanda mereka juga ada masalah,” kata Muhammad Amin.

Muhammad Amin berkata, UMNO juga akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama dan Kubu Gajah yang dimenangi Pas dalam PRU-14.

“Pas menang di situ pada PRU-14 kerana UMNO ada sedikit salah faham dan Pas menang tipis, kita yakin boleh ambil balik. Sejak pilihan raya umum pertama, UMNO tak pernah kalah di dua kerusi DUN itu dan di Parlimen Larut.

“Kita mungkin ada kekurangan tapi bukan makna kita akan kalah,” katanya.

No comments: