RAJA - RAJA MELAYU - SUDAH SAMPAI MASANYA-TAMBRIN TUN GHAFAR

 

TERBITAN SEMULA 14-TARIKH ASAL 11 JUN 2021


Tamrin Tun Ghafar




1.   Senikata lagu 
P Ramlee  ( Alfatehah ) ini ditujukan khas kepada  Agong dengan harapan beliau  sedar dan mempunyai sedikit simpati terhadap rakyat di bawah ini terutama PEJUANG barisan hadapan  yang bermatian  berjuang bagi menyelamatkan nyawa  TERMASUK  anggota polis dan tentera  yang terpaksa  mengharungi hujan, ribut dan panas matahari.

'KU SANGKA
 PANAS
 HINGGA KE PETANG
 RUPANYA
 HUJAN
 DI TENGAHARI'

Inilah  nasib dan keadaan SEBENAR  yang sedang dihadapi rakyat  sejak Agong BERSETUJU darurat dilaksanakan.

2.  Terus terang dinyatakan rakyat pada mulanya  merasa AMAT  LEGA  apabila  Raja - Raja  Melayu  MENOLAK  permintaan Kerajaan PN pimpinan Mahaiddin Md. Yasin yang mahukan  Perintah Darurat namun segala - galanya HAMBAR  apabila Raja - Raja Melayu pada 11hb Januari 2021  membuat 'U TURN'  BERSETUJU darurat dilaksanakan;  MENGAPA  Raja - Raja  SANGGUP   MELAKUKANNYA??

3.   Alasan KONONNYA  Perintah Darurat  dengan PENGGANTUNGAN  Parlimen sekaligus  boleh mengawal penularan wabak COVID19 sebenarnya HANYA  HELAH  dan PENIPUAN  Mahiaddin dan penasihat utama beliau, Hamzah dan SEMBURIT  bagi 2 tujuan :

   i. mengkekalkan  
      kuasa

   ii. memudahkan 
       rompakan TANPA
       PERLU  menjawab
       Di Parlimen, justeru 
       memperkenalkan
       berbagai Akta 
       bodoh  bagi 
       tujuan menakut 
       dan menutup 
       mulut rakyat.

4.  Dengan selamba SEMBURIT  TELAH BERBOHONG  dan MENIPU rakyat kononnya ramai orang akan mati jika Kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir terus berkuasa  sedangkan ketika itu  TIDAK  ADA  sebarang  kematian, dan dan jumlah yang dijangkiti  kuman tersebut HANYA  22 orang sahaja BERBANDING  dengan keadaan sekarang; apa pula ALASAN  atau CERITA  baru yang hendak dicanang -  rakyat menunggu PENIPUAN pusingan  kedua beliau !!

5.  Seperti tulisan saya baru - baru ini :

   'SAMPAI  BILA 
    AGONG  NAK
    MELINDUNG
    MAHIADDIN'      

            dan

   'SUDAHKAH ANDA
    SUNTIK ?'

oleh kerana Parlimen PUN  digantung JUGA maka TIDAK  BOLEH  SALAHKAN  rakyat 'BERSIDANG'  di mana - mana saja temasuk di ladang getah dan di dalam teksi.

6.  Kini bukan saja rakyat  BENCI  dan MELUAT dengan KEBODOHAN  DAN  KEGAGALAN  KERAJAAN  PN tapi mereka hairan, dan kini MENUNTUT  JAWAPAN  apakah Agong dan Raja - Raja  Melayu tidak tahu atau tidak nampak  apa yang dilakukan Mahiaddin dan Menterinya  sehingga MEMBISU  SERIBU  BAHASA, BUKAN  SAHAJA  MEMECAT  MALAH  SANGGUP  MELUTUT  KEPADA  KERAJAAN LEMAH  DAN GAGAL INI ?

7.  Sudah kedengaran cakap - cakap dan dakwaan  kononnya Agong  kini seperti ular yang sudah  kenyang, akan ikut sahaja 'TIUPAN  SERULING' yang dimainkan Mahiaddin?, ada pula mendakwa dengan gambar Mahiaddin memegang kad dengan ayat  'I GOT  KING'.

8.  Yang lebih dashyat lagi dakwaan kononnya Agong telah dapat bayaran  komisyen yang lumayan dari Raja Qatar bagi pembekalan vaksin COVID19  - saya harap tuduhan- tuduhan  ini semuanya tidak betul.

9.  Ada yang mempersoalkan MENGAPA  SEHINGGA KINI  Agong  yang merupakan 'TONGGAK' Negara dan  Rakyat  TIDAK  BERANI  saman Clare Rewcastle Brown  yang  membongkar  PEMBELIAN  sebuah rumah di London dengan nilai RM350 juta dan kos penyelenggaran SETIAP  BULAN  pula  kira-kira RM2 juta; tak salah Agong membeli rumah bernilai itu atau  RM1 Billion sekali pun tapi rakyat nak tahu MENGAPA  sehingga kini  LHDN  senyap saja; apakah Agong dikecualikan dari membayar cukai seperti rakyat biasa ? ;  tambah mereka lagi kan Perlembagaan dan Undang - Undang MENGATASI  segala - galanya TERMASUK  Agong yang DILARANG  BERNIAGA? atau ada 2 jenis Perlembagaan dan Undang - Undang; satu untuk rakyat dan satu untuk Agong ? Wallahualam !!!

10.  KEBENCIAN  DAN  KEMARAHAN  rakyat terhadap KERAJAAN BODOH  DAN GAGAL   pimpinan  Mahiaddin ini sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dibetulkan lagi atau dalam bahasa Inggerisnya ' A Point Of No Return'.

11.  Semoga Agong dan Raja - Raja  dengarlah rayuan dan tangisan  rakyat yang  TIADA  TEMPAT  MENGGADU  ;  jangan memberi alasan itu dan ini.

12.  Rakyat menunggu dan melihat  di dalam hal ini  SIAPA  YANG  LEBIH  CERDIK   DAN BERKUASA, Agong dan Raja - Raja  atau Mahiaddin yang  pengecut, bodoh dan gagal ini?

13.   Saya gunakan istilah  pengecut, bodoh dan gagal kerana  BELUM  PERNAH  seorang SUSK Menteri  apatah lagi Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri berbicara di hadapan TV  bagi pihak 
bossnya;   MUSTAHIL  seorang SUSK  atau Ketua Setiausaha Sulit boleh berbuat demikian JIKA  TIDAK  DIARAH ; ini namanya :

    BALING  BATU
    SEMBUNYI  
    TANGAN

14.  Membandingkan MAGERAN  13 Mei 1969  dengan  keadaan  sekarang  seperti  langit dan bumi; yang sebenarnya  Mahiaddin  cuba MEMPERBODOH - BODOHKAN  Agong dan Raja - Raja Melayu dengan harapan  beliau boleh TERUS  KEKAL  DAN  BOLEH  TERUS  MEROMPAK LAGI.

15.  Semoga tempias KEGAGALAN  Agong  memecat  malah terus MELINDUNGI  Mahiaddin  TIDAK  TERKENA  Raja  - Raja Melayu yang lain.

16.  Kisah Nabi Adam AS DIPECAT  DARI SYURGA  membuktikan barang siapa  MUNGKIR JANJI  SUMPAH  DAN TIDAK AMANAH maka  TINDAKAN  TEGAS MESTI  DILAKUKAN.

17.  Kasih sayang rakyat terhadap Institusi Raja Berpelembagaan  tidak boleh dipertikaikan namun pada masa sama rakyat PERLUKAN  timbal balas yang seadilnya. 

18.   SEMOGA  RAJA  DAN RAKYAT  BERPISAH  TIADA.

19.  Pesan datuk nenek kita :

    JANGAN ROSAKKAN
    SUSU SEBELANGA
    SEMATA - MATA
    KERANA
    NILA  YANG
    SETITIK

    JANGAN  
    HARAPKAN 
    PEGAR ,
    PEGAR
    MAKAN  PADI

20.   Semoga kata - kata terakhir Megat Seri Rama , Laksamana  Bentan  TIDAK  AKAN  BERULANG  LAGI :

    RAJA ADIL
    RAJA DISEMBAH
    RAJA  ZALIM
    RAJA DISANGGAH

21.  Diharapkan TIDAK  ADA  SEBARANG  PEMBOCORAN MAKLUMAT  HASIL  SOGOKAN  terhadap mana - mana pegawai Istana Negara  tentang segala perbincangan  di antara Agong dan Ketua - Ketua  Parti seperti mana dakwaan yang kononnya berlaku di Istana Selangor. 

22. Diharap Agong dan Raja - Raja Melayu membaca dan meneliti tulisan saya ini  dengan HATI TERBUKA.

Wassalam
Terima Kasih.