1- Sebelum total lockdown dilaksanakan, Aku telah menulis dengan jelas, Tanggapan yang dalam tempoh 14-21 hari perlaksanaan Total Lockdown dapat menurunkan kes kepada 2 digit adalah fantasi dan Pembohongan Najib Razak. aku unjurkan kes hanya akan dapat diturunkan 3-5 ribu kes dalam tempoh tersebut..
2- Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham sahkan unjuran Kerajaan dalam tempoh 2 minggu lagi , sasaran mereka kes Positif dibawah 4 ribu kes, Jika hanya mengharapkan kes dibawah 4 Ribu kes mengapa perlu Total Lockdown sehingga merosak dan membunuh Ekonomi Rakyat ? Ia boleh dilaksanakan tanpa Total Lockdown..
3- Jika sasarannya 4 ribu kes, Sebenarnya pada bulan Jan-Mac Perlaksanaan PKP bersasar, Kita juga berjaya landaikan kes dari 5 ribu kes waktu puncak kepada kes bawah 2 Ribu.. Jadi apa perlu Total Lockdown yang membunuh Ekonomi ? Cukup ianya bersasar Jawapannya Kerajaan terlalu Panik..
4-Sebab apa kerajaan Panik ? Sebab mereka pun Bodoh terperangkap dengan sentimen dimainkan Najib..Malangnya ramai dari orang awam, Penyokong PH sendiri terperangkap mempercayai pembohongan Najib ini.. Kononnya selepas total lockdown kita dah boleh hidup seperti biasa, Kenduri kendara dan merentas negeri..Akhirnya telah Membunuh Ekonomi Rakyat..
5- Sebenarnya kita boleh laksanakan Lockdown Bersasar dan lebih progresif dan memperkukuhkan sistem kesihatan jika pemimpin ada kebijaksanaan..Itu sebabnya aku berikan contoh Indonesia,Korea Selatan dan Vietnam sebagai rujukan.. Kita sebenarnya tak perlu Total Lockdown.. Sebab keadaan ketika ini sudah terlalu kritikal.. Menyasarkan kes turun drastik hanya satu bentuk Pembodohan..
6- Itu sebabnya Pentingnya ada pemimpin yang ada kebijaksanaan, Mesti bertindak dari dapatan Fakta dan Sains dalam waktu yang sama mempertimbangkan Keperluan Ekonomi dan Sosio budaya Rakyat sebagaimana dilakukan Jokowi di Indonesia.. Kita tak perlu panik sebab kita dah lebih 2 tahun hadap Covid-19..
7- Kesilapan Kerajaan melaksanakan total Lockdwon, sudah hampir melumpuhkan Ekonomi.. hanya menunggu Masa menunggu berita malapetaka yang menyusul, ramai yang kelaparan, ramai yang Muflis, ramai tak mampu bayar sewa, Ramai yang hilang Kerja dan Banyak dari Pelabur lari keluar negara..
8- Apa boleh buat..Negara kita diperintah seorang PM dan Kabinet yang Gagal, Inilah Kerajaan yang dikata dapat Rahmat Tuhan oleh Mufti Utara.. Inilah gambaran Ruwaibidhah.. Inilah Kerajaan Gagal !!
Ipohmali