PADA 7 March saya sudah kongsikan berita Tun Musa memberikan pengiktirafan kpd DSAI sebagai layak menjadi Perdana Menteri. Ini videonya saya #Ulangsiar berita ini.
Ini antara sebab Lobakman begitu marah dgn Tun Musa Hitam. Sebab pada dia tiada seorang tokoh pun yg layak melawan ketokohan DSAI selain Najib Bosskurr.
Pada saya, apa yg Tun Musa kata ini telah mengesahkan apa yg kita selalu kata bahawa bukan soal taksub dgn batang tubuh DSAI tetapi beliau adalah calon paling layak utk menerajui dan selamatkan ekonomi negara ini.
Saya tidak hirau sgt akan ejekan-ejekan Walaun PA$ dan macai-macai UMNO serta PPBM KUNUNnya DSAI tidak layak jadi PM dan hanya PM tepi. Tapi saya sedikit hairan dgn sikap Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam PAN #K3 yg bersungguh-sungguh tidak mahu DSAI jadi PM dan mengejek beliau sebagai hanya bakal PM selama-lamanya. Apa mereka mahu buat kerja Tuhan?
Tapi bila saya minta nama seorang calon yg layak, yg SETARA pengalaman, karisma ketokohan dan ciri kepimpinan yg mampu menyelamatkan Ekonomi negara, TIADA SEORANG pun calon yg mampu mereka kemukakan. Sebaliknya mereka hanya pusing2 round about, konar baring dan terjun longkang tanpa berani menyebut nama mana2 tokoh.
Mudah difahami, mereka mahu SAKATua jadi PM tapi malu-malu nak sebut sbb mereka tahu penolakan rakyat terutama penyokong akar umbi PH terhadap Org Tua "TERTENTU:, Apanama KUNUNnya itu sgt KUAT.
Apa yg kita faham? Mereka berjuang dlm politik demi kepentingan dan kemahuan mereka bersetongkol dgn Kepala Perompak BUKAN utk Rakyat. Sbb itulah mereka tidak mahu DSAI yg dikenali sbgai pejuang Rakyat sejak di unversiti menjadi PM.
Apakah antara kata-kata Tun Musa Hitam yg menjadi kunci jelas beliau mengiktiraf ketokohan DSAI itu?
1. "Anwar Ibrahim saya boleh bgtahu anda TANPA TERAGAK-AGAK, dia layak menjadi Perdana Menteri. Pada saya dia SEPATUTNYA sudah jadi Perdana Menteri. Ada sorg yg berjanji pada dia, berapa kali?........."
2. "Saya tak bertukar. Dulu kalau org yg janji tu kasi pada dia, saya kata ok. Good idea. Tapi org yg janji tu......."
3. "Dia punya karisma yg tinggi, dia punya "contact", pendedahan dia kpd dunia antarabangsa, pengalaman dia masuk jel s kali sbgai contoh. Dia seorang pemimpin akar umbi dan bagus dalam pergaulan dgn rakyat Malaysia. Beliau nampaknya diterima orgramai walau tidak kesemuanya".
INI lah maksud saya dulu, bhgian "contact" dan pendedahan dunia antarabangsa ini yg mampu menambah keyakinan pelabur asing, kepercayaan pemimpin dan masyarakat antarabangsa pada Malaysia. Dengan Reputasi SATU-SATUnya bekas Menteri Kewangan yg berjaya membawa Malaysia ke perbelanjaan SURPLUS, TIADA mana2 tokoh yg ada termasuk PM hari ini yg SETARA dgn DSAI.
Atas sebab itu DSAI sangat layak jadi Perdana Mentri. Itu belum lagi kita perincikan akan Iltizam, "Consistency", "Political Will" dan jiwa kental "rebuih tak hempuk" DSAI dalam mengangkat Agenda REFORMASI.
Seperti kata Dr. Mujahid Yusof Rawa, DSAI lah arkitek sebenar yg TELAH TERUJI istiqomah membina kekuatan, gelombang kebangkitan rakyat yg mengambil masa yg panjang dgn keringat dan airmata derita selama berpuluh tahun meskipun 2 kali terpenjara jasadnya, masih punya kekuatan merancang sehingga AKHIRNYA...tumbangnya UMNO BN. Ertikata TIADA mana-mana tokoh lebih komited dan "consistent" jika mahu dibandingkan dgn DSAI.
SEKARANG, SIAPA YG LEBIH BAIK DAN PALING LAYAK KETIKA INI, DALAM KEADAAN POLITIK, DEMOKRASI DAN EKONOMI MALAYSIA YG MERUDUM UTK DIANGKAT MENJADI PERDANA MENTERI SELAIN DSAI? Ini BUKAN soal taksub akan batang tubuh DSAI tapi soal dia yg PALING LAYAK utk dinobatkan pada kedudukan itu bagi memimpin Malaysia. Maka org yg paling layak mesti diangkat dan diletakkan di tempatnya melainkan kita dari kalangan org-org yg zalim.
Wallahualam.
- Zus Din
24 March 2021