[bongkar] LAKONAN PENYOKONG PN! PANAS! JANGAN HINA PENGUNDI KKB!



Lakonan penyokong Perikatan Nasional (PN) yang bertindak memaki jentera Pakatan Harapan (PH) akhirnya terdedah. Rupanya individu berkaca mata tersebut turut serta dalam perarakan semasa penamaan calon pagi tadi. Terdahulu, rakaman video lelaki Cina berkenaan yang memarahi jentera PH menggunakan bahasa Melayu itu awal-awal lagi menimbulkan kesangsian di pihak penyokong Kerajaan Perpaduan. Namun, tentera siber PN dilihat memanipulasi kemarahan kononnya ‘akar umbi’ di DUN Kuala Kubu Baharu dengan petanda awal pengundi menolak calon Kerajaan Perpaduan. “Kesian tengok jentera PH kena maki dengan uncle ni. Betul-betul uncle ni lepas geram kat kerajaan PH pimpinan PMX. “Petanda awal undi protes yang amat dahsyat bakal berlaku di Kuala Kubu Bharu. Rakyat sudah tidak boleh bersabar lagi,” tulis pengguna X, @Solisidtor. ============================================================================== Pengarah Strategi Keadilan Selangor, Saifuddin Shafi menegaskan bahawa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) harus bertanggungjawab berhubung isu status akademik calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), Khairul Azhari Saut. Tegasnya, Pengarah Pilihan Raya PN juga perlu mengambil tanggungjawab terhadap isu tersebut dan meminta maaf kepada pengundi KKB. “Tolonglah jangan hina pengundi KKB dan rakyat Selangor dengan menghantar penipu sebagai wakil rakyat ke Dewan Sidang Selangor yang mulia,” katanya dipetik MalaysiaGazette. Saifuddin berkata, tindakan calon PN itu menyebabkan ‘kecurigaan’ ramai semakin menjadi-jadi kerana ia seolah-olah membenarkan dakwaan terbabit. “Ini satu disaster kepada permulaan kempen untuk memancing undi pengundi PRK KKB,” ujarnya. Sehubungan itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali tersebut berkata, mana-mana calon dan parti perlu jujur dan berterus terang tentang kelayakan, keupayaan diri apatah lagi calon juga adalah kalangan penduduk setempat.



No comments: