PAS MERAYU KEKAL KUASA DI PERLIS! ALASAN TERKINI MB LATO LATO BERKAITAN ...



PAS hari ini berharap parti itu - bersama PN - terus mendapat kepercayaan mentadbir Perlis bagi memastikan pelbagai rancangan yang diatur dapat dilaksanakan. Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata ada banyak perancangan diatur kerajaan negeri dan perlukan masa untuk direalisasikan. “Kami berharap dan berdoa agar kami dapat mengekalkan kemenangan di Perlis supaya semua perancangan kami dapat direalisasikan. “Dengan sokongan yang diterima, PN berharap dapat terus menjalankan tanggungjawab untuk kesejahteraan dan kemajuan Perlis,” katanya dipetik harakahdaily hari ini. ================================================================================= Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mendakwa siasatan SPRM terhadap anak Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, adalah sebahagian daripada "drama" menjelang pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu. Lidah rasmi PAS, Harakahdaily memetik menteri besar Kedah itu sebagai berkata bahawa siasatan yang turut melibatkan lima yang lain itu tidak akan memberi kesan kepada PN atau PAS dalam menghadapi PRK yang bermula dengan pencalonan rasmi hari ini. “Itu memang drama yang diset untuk PRK, semua orang tahu bukan rahsia besar. "Semua adegan itu adalah ‘setting’ untuk menghadapi PRK. Kita gelak ja, dia akan buatlah beberapa drama itu,” kata Sanusi yang dipetik sebagai berkata semasa majlis rumah terbuka PAS di Kangar, Perlis, awal hari ini. Anak lelaki Shukri dan lima yang lain dilaporkan ditahan pada Selasa bagi membantu siasatan SPRM yang dikaitkan dengan penyerahan dokumen palsu dan tuntutan membabitkan RM600,000 sejak dua tahun lalu.



No comments: