KEADILAN istiqamah perjuang harapan rakyat
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan pada hari ini untuk membincangkan keadaan terkini politik tanah air.Daripada keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Rompin, KEADILAN sedar rakyat mendambakan perubahan melalui Pakatan Rakyat. Momentum perubahan ini perlu diteruskan.
Oleh itu, KEADILAN akan menerajui usaha untuk menjadi penghubung demi mempertahankan aspirasi rakyat yang mahu melihat Pakatan Rakyat kekal.
Pimpinan KEADILAN akan berunding dengan pimpinan PAS dan DAP dalam masa terdekat.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi
bagi pihak MPP KEADILAN
No comments:
Post a Comment