Minggu lepas aku ada menulis, dah sebelum PRU 14 pun aku ada berikan pandangan yg sama..PH tak perlu bekerjasama dengan UMNO , cukup ambil langkah strategik dengan UMNO..PH kena membuka laluan untuk UMNO di Terengganu melainkan kerusi bandar dan Parlimen.. Amanah hanya perlu berikan tumpuan di Kelantan..
Kenapa PH perlu bagi laluan kepada UMNO di Terengganu ? Kerana disitulah sumber kekuatan PAS dan Presidennya, Tak mustahil nasib Haji Hadi akan berulang seperti nasibnya kalah pada Man Bakar pada 2004.. Jika PAS kalah di Terengganu, Mereka akan berantakan sesama sendiri..
Amanah fokus saja di kelantan, Amanah ada peluang yg baik jika kena dengan Strateginya di Kelantan.. Malangnya pemimpin Amanah sepatutnya memperkuatkan strategi di kelantan.. tapi sibuk tengah sibuk cari kerusi selamat di Bandar.. Modal RUU 355 sudah tidak berguna dalam PRU 15, Itulah yg menjadi azimat besar dan tangkal PAS menang di Kelantan..
Bagi aku, Asas untuk UMNO Terengganu bertanding semua kerusi adalah kukuh.. Tambah jika pengerusinya adalah Mat Said yg mana perwatakannya disukai rakyat Terengganu..UMNO gagal hanya diganggu undi PH..
Ulangan peristiwa PRU 1999 dan 2004 akan berulang..Pada PRU 1999, PAS hampir sapu bersih Terengganu ketika gelombang reformasi biarpun Wan Mokhtar Ahmad disukai rakyatnya..Pada PRU 2004, UMNO kembali sapu bersih di Terenganu..
Wan Mokhtar nasibnya seperti sama seperti Mat Hassan di Negeri Sembilan pada PRU 14.. biarpun disukai rakyatnya..Mereka menjadi mangsa gelombang perpecahan dalam UMNO, cuma bezanya gelombang PRU 14 beralih ke Pantai barat.. dan ia takkan berulang untuk kali kedua..
Jadi Mat Said tindakannya bersendirian, Tidak ada kaitan dengan UMNO pusat..Mereka sejak awal menyatakan hasrat bertanding di Terengganu…dan depa ada asas kepada tindakan depa..Sebenarnya situasi ini akan berulang dibanyak Negeri..
Itu lah UMNO, Depa tahu guna kekuatannya dimana, mereka bijak manfaatkan parti Politik..Mat Said bijak meluaskan Pengaruh walaupun ada kalangan PH mengejek dan nampak Lekeh kepada Mat Said.. berbeza dgn Amanah sibuk cari kerusi selamat….
Sebenarnya UMNO ini bijak dalam Politik, mereka tahu bila waktu dan ketika untuk bertindak..Lihat di Perak.UMNO tahu mereka kuat di Perak.. jadi mereka bertindak sendiri dan akhirnya kembali mengambil alih Perak dengan memanfaatkan PH, yang tak bijaknya pemimpin PH di Perak terutama Amanah dan DAP perak yang terikut ikut dengan rentak si Selvador yg Gelojoh..
Sebenarnya UMNO sedang melengkapkan strategi Politik mereka terutama dengan memanfaatkan PH terutama PKR.. ada sebahagian kalangan PH terbuai dengan jajaran Baru, Ulangan di Perak akan berlaku di Putrajaya jika PH masuk dalam perangkap mereka…. Matlamat mereka, kuasa dan bebas dari Penjara.. UMNO mesti lead..
Selepas PRU 15, PN, PAS dengan alasan kuasa Politik Melayu Islam akan terpaksa melafazkan Bai’ah kepada UMNO untuk sekali lagi mengetuai Kerajaan seperti di perak.. Dan Nasib PH akan sekali lagi sepertimana Perak.. terbuai dengan mimpi di Putrajaya mengharapkan Strategi dan langkah langkah Politik alam disebalik mata… 🙂
Ipohmali