KES ROGOL DIJADIKAN BAHAN JENAKA ? BODOH KA APA ?









Isu penceramah didakwa rogol remaja 14 tahun: Pendakwah ‘sekolahkan’ pengerusi kem tahfiz

Pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung menyifatkan kenyataan seorang pengerusi kem tahfiz berhubung kes dakwaan rogol membabitkan seorang penceramah dengan remaja bawah umur sebagai teramat mendukacitakan.

Beliau mempersoalkan bagaimana individu dikenali sebagai Ezzat itu tergamak menjadikan kes rogol remaja berusia 14 tahun sebagai bahan jenaka.

Terdahulu, Ezzat berkata seorang penceramah yang ditulisnya sebagai “Ustaz F&N” ditahan kerana merogol berkali-kali seorang gadis berusia 14 tahun.

“Berkali-kali hebat juga, ustaz yang hebat atau gadis 14 tahun tu yang hebat, berkali-kali perginya?

“Ada kemungkinan juga ustaz ini yang dirogol oleh gadis tersebut,” katanya disertai emoticon ketawa jelir lidah.

Firdaus Wong

Hantaran di Facebook itu juga disertakan dengan gambar dari babak filem pecah panggung, Mat Kilau yang disunting memperlihatkan imej pahlawan itu tersengih menampakkan barisan gigi.

Walau bagaimanapun, hantaran itu kemudiannya dipadam tetapi tangkap layar yang dibuat oleh warganet sudah tersebar di media sosial sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Sehubungan itu, Firdaus Wong menegaskan bahawa apa sahaja hubungan seksual dengan individu bawah umur adalah rogol walaupun suka sama suka.

“Isunya bukan sama ada suka sama suka tetapi bagaimana boleh seseorang yang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun?

“Cara berfikir Ezzat sangat sangat bermasalah apatah lagi kita sebagai Muslim ada hukum, adab dan akhlaknya.

“Ini kita belum masuk sexual grooming dan predator seksual lagi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Firdaus Wong mengingatkan bahawa ikutlah hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam iaitu berkata baik ataupun diam jika tidak boleh bersimpati kepada mangsa.

Petang kelmarin, seorang penceramah berusia 30-an ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Penceramah itu direman lima hari hingga 23 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Mangsa berkenalan dengan suspek sejak Mei tahun lalu dan bermula daripada perkenalan itu, mereka beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza.

Setakat kelmarin, empat kertas siasatan dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu sama.

No comments: