MOVE FORWARD...PAKATAN HARAPAN PERLU UTUH DAN KUKUH



1) Ramai juga yg whatsapp dan PM dok tanya pasal Tun M ke Langkawi dan dikhabarkan Jemin dan H2O pun berada di sana. So? Apa masalahnya? Saya jawap kalau Khalid Samad dan Anthony Loke pergi sekali pun saya tak peduli. Tun M kata PH tidak berminat nak ambik alih kerajaan? OK. Takpe Itu pandangan dia.

2) MAJORITI ahli dan penyokong PH tak akan setuju angkat Tun M jadi PM. Hanya MINORITI ahli parti yg diketuai oleh beberapa MP dari Amanah dan DAP shj yg kelapaq sgt dgn Tun M tu dan memainkan Naratif "demi mengembalikan mandat rakyat". Betul ke? Saya sgt2 curiga. 🤔

3) LIHAT hakikat ini. Bila2 masa Tun M boleh berjumpa sesiapa shj dan berunding dgn sesiapa shj..sbb memg hak dia. Dia bebas dan dia memg MP Bebas TIDAK BERPARTI pun. Kalau dia nak jumpa Jemin, jumpa H2O, Khairy J atau Khalid Samad atau Anthony Loke atau DSAI atau sesiapa shj, kita tak boleh halang, kita tiada hak ke atas dia. Tapi kalau DSAI jumpa org-org di luar PH maka timbul sindiran dan kejian konon2 atau seolah-olah dia sdg mengkhianati kwn.

4) Hgpa percaya lagi dgn Tun M nak jadi PM 6 bulan? Kalau Khalid Samad dan Anthony Loke nak usung jugak silakan. Ingat, kalau Org Tua tu jadi PM9 walau 6 hari pun dia boleh bawa PNkhianat2 mcm Jemin dan geng Bersatu malah geng PNyamun TANPA Najib dan Zahid masuk kerajaan yg dia jd PM. Selepas tu Amanah dan DAP boleh buat apa? DSAI jelas bagitahu dia tetap curiga maknanya "TRUST_DEFICIT" itu "real". Org dah tak percaya, Khalid Samad, Anthony Loke, Mujahid dan LCT berhentilah bagi hujah nak paksa DSAI setuju juga dgn Option 2. Rakyat pun akan naik meluat.

5) Anthony Loke kata, kita boleh tarik sokongan pd Tun M kalau dia enggan serah jawatan pada DSAI. Tarik sokongan? Tariklah..!! Jatuh sekali lagi kerajaan, lingkup lagi kestabilan politik Malaysia, pelabur cabut lari lagi, beratus juta dana asing ditarik keluar setiap minggu, Bursa Malaysia collapse lagi. Yg susah rakyat. MP dpt gaji berpuluh ribu jugak. Yg susah sekali lagi ialah rakyat, ditambah pula pasca COVID-19 ni. Rakyat akan menyumpah dan menyampah dgn ahli politik.

6) Last sekali hancur musnah imej PH, tiba PRU15...rakyat pijak2 PH dan angkat BN sbb tak guna angkat PH pun 2x5, dok berebut kuasa. Ambil alih KERAjaan sekejap, kalah pula PRU15. Mahu ke jadi mcm tu? Tepuk dada tanya iman jgn tebuk atap terjun bumbung..😄

7) Semoga BEBERAPA PEMIMPIN Amanah dan DAP berkenaan dengarlah suara akar umbi bukan MP-MP mereka atau pimpinan tertinggi parti semata-mata yg buat keputusan dan dipaksakan ke atas ahli2 di bawah utk bersetuju meskipun Majoriti dari mereka tidak bersetuju.

8) "Move forward", apa Tun M tu nak buat, sukahati dia lah, tak kena mengena dgn PH pun." Kalau dia attack PH baru kita jawap.

Wallahualam.

- Zus Din
21 Jun 2020