KISAH LESEN PENJAJA UNTUK PENIAGA JALANAN


Satu perkongsian dari Ipoh Mali...

Hari ini viral cerita Anuar Musa Bagi lesen Penjaja kepada peniaga Jalanan, tengok gambar Anuar Musa, teringat Nasi lemak Anak Dara dulu.. Bagaimana Azmin sebagai MB Selangor turun..bagi lesen kat Anak dara tu..Tapi tak tahulah apa cerita anak dara tu skrg.. entah masih dara ker tidak..

Walaupun Anuar Musa buat tu aku anggap Propaganda Politik sebagaimana Azmin dulu.. Tapi itulah Politik..hakikatnya kita kena terima, Erdogan dan Ds Anwar pun berpolitik dengan propagada yg sama... Najib dulu buat benda yg sama..cuma benda ni tak boleh kekal lama...Doa dan Tawadduk nya Paklah pun tak kekal lama..

Cumanya Propaganda ini tak boleh kekal lama, Cerita nak tutup kedai(Acheh) warga Asing.. Nak Halau PATI, nak halau Rohingya.. Nak gajikan warga tempatan ganti warga asing di Pasar Borong.. nak Bagi pekerjaan pada gelandangan.. bagi aku ini hanyalah propaganda murahan yg kita dapat lihat dalam Jangka pendek dan tidak berpaksikan reality, tambah2 tempoh PKP ni....

Percayalah..Habis wabak COVID-19 dan PKPB ini.. Kita kan lihat DBKL berkejar kejar dengan penjaja jalanan..warga asing tetap memenuhi pasar Borong.. Kedai warga Asing kembali hidup.. PATI kembali ramai, dan Gelandangan tetap akan memenuhi jalan TAR..bak kata Ibrahim Lincoln.. " You can fool all the people some of the time "

Apakah dulu Khalid Samad tak bantu Penjaja..? Khalid Samad jauh buat lebih baik dari Anuar Musa keluarkan lesen untuk Penjaja.. tapi itulah Politik.. antara kebodohan Khalid Samad, siapa yg baca kritikan aku kepada Pengarah Komunikasi Amanah sejak dulu pasti akan faham.. Khalid Samad suka sibukkan diri dengan isu Najib..bergaduh dengan Najib.. hatta sehingga hari ini..padehal itu bukan tugas hakiki dia sebagai Menteri..

Bagi aku.. itu gambaran Khalid Samad ni tak smart..biarpun, Dia seorang fighter dalam Politik.. Masa pemilihan Amanah, orang Amanah suka sangat Khalid Samad dapat undi tertinggi. tapi aku lebih suka org mcm KM Melaka Adly Zahary jadi Presiden..aku suka orang yang diam..tapi smart..

Bila PH dah jatuh ni pun..aku dok Ingat pemimpin PH akan insaf dan bermuhasabah.. susun balik jentera media dia.. cara penerangan dia..rupanya tidak.. mereka kekal sama..sibukkan nak rampas Putrajaya dari memperkuatkan gerakan sendiri.. sejak dulu aku tegur, Pakai lah Perunding..

Apapun.. Cuba lah belajar dari kesilapan.. Kadang2 Pemimpin PH ini depa tak sedar.. ego tanpa sedar.. rasa dia saja yg betul bila orang tegur..Sesekali..turun ke bawah..Dengar pandangan.. Ego tanpa sedar ni sama mcm penyakit Ulama', Iaitu Syrik Khafi.. Riya' atau Sum'ah.. mereka rasa mereka dah buat yg terbaik dalam Ibadah..rupanya masuk dalam perangkap Riya'.. :)

Ipohmali

No comments: