*KEHANCURAN SEBUAH GLC/GOC*ADAKAH DISEBABKAN ORANG POLITIK KUASAINYA?




Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC atau Govt Owned/Linked Company lebih kurang 100 syarikat dibawah MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan) yg mana Menteri Kewangan memiliki melebihi 51%saham syarikat berkenaan.

Di zaman BN memerintah, majoriti Pengerusi dan beberapa Ahli Lembaga Pengarah GLC adalah ahli2 politik dari parti yang memerintah, yang tidak mendapat jawatan jadi Menteri atau Tim. Menteri. Apabila ahli politik menguasai GLC sudah tentu GLC tersebut akan dipolitikan termasuk aset2 dan kakitangan nya.

Antaranya seperti berikut:

1. Apabila ada PRU atau PRK aset2 dan kakitangan GLC akan dipergunakan dan dikerah utk berkempen kpd parti yang memerintah.

2. Berapa kosnya semua akan ditanggong oleh GLC sepenuhnya. Elaun2, hotel, kos perjalanan, buka booths, entah berapa ribu habis macam tu jea.

3. Melihat apa2 geran kerajaan yang terdapat dlm GLC yang boleh dipergunakan utk diri sendiri, adik beradik, sedara mara, kawan2, kroni2 politik. Usahawan yang betul2 memerlukan geran tak dapat, nak dapat kena ada sesuatu *imbuhan* dulu.

4. Anak sendiri, anak sedara, anak BOD, anak kawan2 politik, anak2 kroni, akan mengisi jawatan kosong di GLC. Walaupun anak2 tu tak ada kelulusan dan bodoh macam lembu boleh mendapat jawatan dlm GLC.

5. Lawatan ke luar negara dilakukan dan diatur atas dasar kononya nak *BELAJAR* teknologi baru. Hanya 30% masa lawatan tu nak belajar. Selebih nya 70% melawat tempat2 lain, ada yang lebih teruk lagi cari *BETINA* di luar negara.

6. Berapa kosnya jangan tanya, boleh beli sebijik rumah banglow mewah. Kos tiket kena ambil 1st Class atau Business Class, hotel luar negara mesti bertaraf 5 bintang, kos entrouge, kos transportation, elaun makan luar negara dan lain2 lagi.

7. Bila buat program politik atau jamuan Hari Raya, sudah tentu dana GLC akan dipergunakan, program hendak lah dilakukan di kawasan politik Pengerusi sendiri. Walaupun jamuan hari raya lebih bersifat perbelanjaan peribadi bukan politik. Di mana mahu korek duit, kalau bukan duit GLC?

8. Berapa kos atau dana GLC hangus, jangan ditanya, kebajikan kakitangan GLC hancus. Ada dikalangan gaji kakitangan masih dibawah B40.

9. Ada yang lebih teruk dari itu, anak-anak dan bini-bini Pengerusi GLC juga mengambil kesempatan menggunakan driver pejabat untuk urusan persendirian. Driver pejabat digunakan untuk bini-bini shopping ke pasar, hantar anak sekolah dan urusan peribadi yang lain. Semua itu dibiayai oleh GLC sendiri.

10. Terlampau byk penyalahgunaan kuasa dan dana oleh orang-orang politik dari parti yang memerintah ke atas GLC. Orang kampong dan pengundi kampong tak tahu semua ini..

Apabila BN kalah PRU 14, *Tun Mahathir* telah membuang semua sampah ahli politik dalam GLC, dengan menggantikan orang koporate yang lebih telus dan tahu tentang tadbir urus koperate. Ini untuk menjamin tiada berlaku penyalah guna kuasa dan dana GLC sepert dulu.

Apabila *Mahyuddin* berkuasa ia mengembalikan sitiuasi dan suasana GLC seperti zaman BN berkuasa. Melantik kembali ahli-ahli politik jadi Pengerusi menerajui GLC, tunggu lah saat--saat kehancurannya.



No comments: