KERAJAAN P.PINANG SEDIA RUMAH, BUKAN AIR PARIT BARU NAK JADI AIR PAIP.


Pulau Pinang sasar sediakan 180,000 rumah mampu milik menjelang 2030

Pulau Pinang sasar sediakan 180,000 rumah mampu milik menjelang 2030

Sebagai sebuah kerajaan yang senantiasa memberi keutamaan kepada rakyat, kerajaan negeri Pulau Pinang mensasarkan untuk menyediakan sebanyak 180,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang tahun 2030 yang akan datang.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo.
Jelasnya lagi, kerajaan negeri berhasrat untuk memberi yang terbaik bagi seluruh rakyat negeri ini bagi memiliki kediaman termasuklah memperluaskan cara pemilikan rumah melalui skim sewa beli.
“Sebanyak 2474 unit kediaman akan disalurkan kepada mereka yang layak melalui kaedah skim sewa beli tersebut sehingga 11 Jun tahun ini.
“Kerajaan negeri telah pun mengumumkan sejumlah 10 peratus iaitu 18,000 unit kediaman tersebut perlu di laksanakan melalui skim sewa beli sepertimana yang telah direncanakan.
“Tiga buah projek perumahan tersebut yang telah pun diluluskan bagi projek perumahan sedemikian adalah dua buah projek di kawasan Permatang Tok Suboh dan satu di kawasan Rumah Pangsa Desa Wawasan (1) serta surat tawaran akan dikeluarkan menjelang awal
bulan Julai yang akan datang tidak lama lagi, ” ujarnya.
Tambah beliau, bagi membantu penjualan stok rumah berharga RM300,00 keatas, kerajaan negeri melalui jawatankuasa SPEC mengambil pendekatan dengan menurunkan had harga siling kepada warga asing.
Malah katanya dari sejumlah 3053 unit rumah yang tidak terjual bukanlah kategori RMM, sebaliknya ia adalah rumah yang berharga melebihi RM300,000 keatas.
“Harga siling yang telah ditetapkan bagi sebelah Pulau adalah menurunkan harga daripada RM3 juta kepada RM1.5 juta dan kediaman bertingkat daripada RM1 juta kepada RM800,000.
“Manakala bagi kawasan Seberang Perai pula jumlah yang telah ditetapkan ialah bagi kawasan landai harganya diturunkan dari RM1 juta kepada RM750,000 dan kediaman bertingkat pula dari RM500,000 kepada RM400,000, ” tegas beliau.
Katanya penurunan kos rumah tersebut tidak sedikit pun menjejaskan pelang yang disediakan bagi rakyat negeri ini kerana kediaman RMM masih lagi mencukupi setakat ini bagi menampung keperluan rakyat Pulau Pinang.

No comments: