SAMAN YAYASAN SABAH AKAN DEDAH BUKTI 46 KES MUSA BEBAS


WANA JAILIN

KOMEN: Langkah yang diambil oleh Lembaga Amanah Yayasan Sabah terhadap Tan Sri Musa Aman bukan satu perkara yang remeh, namun ia membuktikan bagaimana POLITIK adalah alat POLITIK untuk maksud politik yang boleh digunakan oleh Putrajaya untuk penindasan dan bukan pula untuk menegakkan keadilan.

Ini memberikan kita ruang untuk menyoal sama ada perkara ini di lakukan dengan adanya unsur-unsur imbuhan. Jika itu berlaku bukankah yang mencegah rasuah juga menerima rasuah?

Demikian persoalan diajukan Zainnal Ajamain kepada Putrajaya selaku Penasihat MA63 Kerajaan Sabah, penulis buku The Grand Design dan The Queen’s Obligations juga seorang activist hak-hak Sabah dan penganalisis perkembangan politik masa kini di Sabah.

Bagaimana 46 pertuduhan ke atas Tan Sri Musa Aman boleh dilepaskan oleh pendakwa raya sebab tidak dapat kertas siasatan daripada pihak yang berwajib di Hong Kong.

Ini adalah satu perkara yang tidak masuk akal.

Pendakwa raya dan SPRM mengaku mereka tidak dapat kertas siasatan tersebut kerana tiada kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Hong Kong.

Bagaimana pula apabila apabila Lembaga Amanah Yayasan Sabah boleh mengeluarkan bukti tersebut?

Bukankah ini bukti pendakwa raya dan SPRM bersubahat dengan yang tertuduh? Di mana letaknya kredibiliti dan tanggungjawab pendakawa raya dan SPRM di dalam sistem perundangan Malaysia?

Ini tiada gunanya Kerajaan Sabah menempatkan dan memberi gaji kepada pegawai-pegawai SPRM di badan-badan Kerajaan Sabah sekiranya kehadiran mereka bukan untuk membendung rasuah, kehadiran mereka semata-mata untuk mencari pasal untuk Putrajaya dan orang orang yang berkepentingan saja.

Kita bayar gaji, mereka digunakan oleh orang lain.
Tan Sri Musa Aman seorang yang sekarang ini tiada parti kesoronokan pula selepas terlepas 46 tuduhan dia ingat sudah terlepas bila mahkamah memutuskan menerima saranan pendakwa raya dan SPRM.

Itu baru peringkat pendakwa raya yang membuang kes, tiada dibicarakan bererti belum ada keputusan mahkamah, ertinya belum lepas daripada 46 tuduhan tersebut.

Perkara ini masih boleh diangkat oleh Lembaga Amanah Yayasan Sabah sebagai plaintif dan Tan Sri Musa Aman sebagai defendan.

Ini disebabkan wang yang terlibat adalah daripada jualan balak Yayasan Sabah. Jadi tidak salah bagi Lembaga Amanah Yayasan Sabah mengambil tindakan sedemikian.

Mungkin Tan Sri Musa Aman terlepas pandang bahawa ia bersalah kepada Yayasan Sabah dan bukannya kepada Kerajaan Malaysia.


No comments: