SIAPA YANG SELAYAKNYA UNTUK NEGARA JOM KITA BINCANGKAN


SARIDAH SH ABDULLAH

SAYA MELIHATNYA BEGINI 😊

Sesiapa pun boleh jadi PM. TM, DSAI, TSMY, HA, ZH, NR, MS, AA, LGE. Oleh kerana siapa pun tak ada majoriti, MAKA seorang pun tak layak.
TETAPI jika salah seorang dari mereka mendapat bilangan 112 dan lebih sokongan, dipersembah ke YDPA, dengan PERKENAN Baginda, tak kiralah menang atau kalah PRU, akan dia dilantik sebagai PM supaya Malaysia berkerajaan.
✅ Soalan yang patut ditanya oleh rakyat Malaysia ialah siapa antara nama-nama yang layak?
✅ Jika layak, cukupkah bilangan?
✅ Jika tak cukup yang apa patut dilakukan agar yang layak dilantik PM kerana syaratnya MESTI cukup bilangan.
✅ Yang layak adakah dia seorang yang dipercayai untuk membawa faedah atau musibah kepada rakyat dan negara?
✅ Mengambil kira pandemik yang melanda seluruh negara, Malaysia tak terkecuali dari kemerosoton ekonomi, dan siapa diantara nama-nama di atas yang dikenali dunia luar?
✅ Siapa yang mampu mendapat kepercayaan pelabur asing untuk melabur dalam Malaysia yang dijamin pentadbiran stabil dan tiada unsur rasuah?
PM BERPENGALAMAN
TM - rakyat kenal benar cara pentadbirannya sehingga menolaknya secara total. Tiada agenda jelas SELAIN dari menghalang Anwar Ibrahim. Menjadi PM 3 kali dan interim sekali. Terkenal sebagai autocrat seluruh dunia.
NR - Dikenali seluruh dunia sebagai kleptokrat
TSMY - Dikenali sebagai PM Coupe d'etat atau Kudeta. Sekarang membebas perasuah untuk terus kekal berkuasa.
BELUM BERPENGALAMAN
HA - Selain dunia Arab TIADA yang mengenalnya. Lagipun penyokongnya sendiri tidak yakin dan memilih Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM.
ZH - Terpalit dengan lebih 80 tuduhan rasuah dan sudah tentu tidak mendapat kepercayaan pelabur
AA - Video semburitnya walau dikaburkan tetap jelas juga tidak mempunyai keupayaan untuk membawa pelabur masuk.
LGE - Cina
MS - Selain dari 22 bln pengalaman menjadi Menteri Pertahanan, tidak diyakini dapat membawa pelaburan kerana selama ini berada dalam blok pembangkang.
DSAI - 8 tahun Menteri Kewangan Malaysia yang berjaya membawa Malaysia terkenal di seluruh dunia khusus Asia. Selepas beliau ekonomi Malaysia terus berada dalam keadaan deficit.
Mampu mendapat keyakinan pelabur melabur dalam negara.
Jelas agendanya untuk mereformasikan insititusi kerajaan agar tatakelola lebih baik, telus, bersih dan adil.
🔴 Masalahnya yang PALING layak TIDAK dibantu oleh yang tidak layak MALAH memaksa beliau untuk memberi peluang kepada calon yang telah berkali-kali menjadi PM dan terlama serta tertua dunia 🙃😂
🔴 Tidakkah lebih beretika, DEMI MENYELAMATKAN NEGARA, calon-calon yang tidak layak kerana kekurangan pengalaman, atau sokongan, memberi sepenuh sokongan kepada yang paling layak antara mereka?
⭕⭕ Sudah nampak busuknya hati-hati pemimpin-pemimpin yang pentingkan jawatan, agenda peribadi, kuasa, rela melihat negara musnah? Masihkah anda mahu memberi sokongan kepada mereka?
Jika ya jawapan anda, ketahuilah bahawa anda juga bertanggungjawab merosakkan negara kerana memilih yang tidak layak mentadbir negara!