PEEEEGEDAH...PH MANAPERNAH RUNDING DENGAN PAS PUN.


 

SEHINGGA KINI..TAK PERNAH PUN PH AJAK PAS BERUNDING KECUALI KETUA PEMUDA PAS AJAK PH DI PAHANG...HANGPA NAMPAK DAK PERANGAI PAS....HARI NI JUGA UMNO TOLAK KERJASAMA DENGAN PAS. MELALUT PULAK PAS NI ..ELOK BERSEKONGKOL DENGAN BERSATU SEBAB SAMA SAMA KHIANAT.

NAK LAWAN 1 SAMA 1 MACAMANA ? UMNO HARI NI DAH TOLAK KERJASAMA DENGAN PAS. PAS  MEROYAN .UMNO KATA PAS MANDI BANYAK KOLAM DEMI KUASA...PAS .KATA KUAT. LEBIH  BAIK BERTANDING SENDIRIAN.



Ulama PAS lulus usul 1 lawan 1, tolak kerjasama PH

Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail ketika membentangkan usul pada Muktamar Dewan Ulama PAS hari ini.

YAN: Dewan Ulama PAS sebulat suara menerima dan meluluskan usul untuk parti itu menyertai pilihan raya umum ke-15 (PRU) melalui pertandingan satu lawan satu dan menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Usul tersebut dikemukakan dan dibentangkan wakil Dewan Ulama PAS Kelantan, Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail dan diluluskan di peringkat sayap itu untuk dibawa ke Muktamar PAS yang akan berlangsung esok.Kata Saripuddin, PAS hendaklah memainkan peranan secara proaktif untuk menyatukan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kekuatan politik Melayu-Islam dapat disatukan di bawah agenda penyatuan ummah

“Strategi satu lawan satu hendaklah dilaksana bagi mengelak pertembungan sesama sendiri di kawasan majoriti pengundi Melayu supaya tidak berlaku perpecahan undi yang hanya akan menguntungkan PH.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Seterusnya menolak sebarang kerjasama politik dengan PH dalam PRU ke-15 nanti,” katanya yang juga ADUN Selising ketika membentangkan usul pada Muktamar Dewan Ulama PAS di Dewan Serbaguna Guar Chempedak.

Usul itu diterima perwakilan sebulat suara tanpa dibahaskan.

Sementara itu, wakil Dewan Ulama PAS Pahang Nasrudin Hassan tampil menyokong usul berkenaan dengan berkata, situasi politik semasa sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru secara atas kertas PH dijangka memperoleh kemenangan besar.

“PAS akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan PH tidak kembali ke tampuk pemerintahan. Pengalaman 22 bulan di bawah pemerintahan PH, rakyat sudah merasai pengalaman yang cukup perit,” katanya.

Beliau juga menyeru perwakilan termasuk pimpinan menunjukkan sikap yang selari dengan usul tersebut.

“Jangan kita sebut kita nak menyatukan ummah melibatkan Umno, Bersatu dan sebagainya. Tetapi dalam jiwa kita, dalam kenyataan kita, sama ada kepada media atau di media sosial kita menunjukkan sikap yang tidak menyatukan, kita layan provokasi daripada pihak yang memang mereka dihantar khusus untuk memecah belah umat Islam, orang Melayu dalam negara kita.

“Saya minta terutamanya pimpinan dan rakan dalam Dewan Ulama di semua peringkat, kita hentikan kenyataan yang serang menyerang antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, ahli PAS harus berjiwa besar dan bersabar serta sentiasa mengawal setiap ucapan supaya tidak memanaskan keadaan.

“Mengapa kenyataan kita menghiris perasaan orang lain, betul mereka mempunyai sejarah permusuhan panjang dengan kita, tetapi kita sedang berusaha menjadi apa yang koyak, kita sedang mencantum apa yang rabak dan kita harus bersabar dan berjiwa besar, kawal perasan kita supaya setiap ucapan kita, supaya tidak memanaskan keadaan orang lain.

“Parti lain kita tak boleh nak kawal, parti kita, kita boleh kawal dengan akhlak yang dipelajari,” katanya merujuk kepada sejarah panjang PAS bermusuh dengan Umno.

Katanya, jika perkara itu dapat direalisasi, tidak mustahil menjelang pilihan raya sejarah penyatuan ummah dapat diulang sepertimana piagam Muafakat Nasional (MN) bersama Umno serta Bersatu.

Beliau berkata, sekiranya tiga parti Melayu besar PAS, Umno, Bersatu dapat disatukan, PH sudah boleh melupakan impian mereka untuk kembali memerintah.

No comments: