APA YANG RAFIZI CAKAP ADALAH KATA RAKYAT

 




Keengganan PH bekerjasama dengan PN hanyalah pendapat peribadi Rafizi, kata Mahiaddin. Tapi dia siapa nak pandai-pandai kata begitu? Rafizi adalah Timbalan Presiden Keadilan. Rafizi ada dalam mesyuarat Majlis Presiden.

Berita penuh di sini: https://bit.ly/3pQ9y37

Apa yang Rafizi sebutkan adalah suara rakyat. Itu yang rakyat mahukan. Jadi ianya bukan pendapat peribadi Rafizi. Tetapi pendapat peribadi setiap rakyat Malaysia terutamanya penyokong PH dan mereka yang berakal.

Konon Mahiaddin kata PN cuma mahu melihat kestabilan politik dan tidak mahu salah guna kuasa kembali berleluasa. Konon tak mahu lagi melihat dana awam dibelanjakan sesuka hati, kehilangan aset negara dan lain-lain.

Tetapi siapa yang jadi punca politik kita tak stabil? Dia sendiri. Bersama konconya atas perancangan yang dipelopori oleh Mahathir. Kalaulah Langkah Sheraton tidak berlaku, politik kita adalah sangat stabil pada hari ini.

Kenapa berlaku Langkah Sheraton? Kerana sikap tamakkan kuasa dia dan Mahathir. Jadi apa beza Mahiaddin, PPBM dan BN? Sama saja. Kesemuanya gila kuasa dan ketepikan kepentingan rakyat. Janji dapat memerintah.

Selepas Langkah Sheraton, siapa yang kutip parti yang telah dibuang oleh rakyat - UMNO dan PAS? Dia juga! Dialah yang berikan nyawa kepada UMNO di saat UMNO telah nazak. Bila desas desus UMNO mahu jatuhkannya muncul, baru nak sebut kluster mahkamah. Sebelum tu?

Tiba-tiba hari ini dia jadi cakna dengan perasaan rakyat. Konon risau keadaan negara. Masa buat Langkah Sheraton tak fikir semua tu. Lepas khianat, sebab nak kuasa, sanggup tebalkan muka ajak PH kerjasama semula. Hey! Tak ada maruah ke?

Jelas sangat hipokritnya. Tindakan Mahiaddin ini hanyalah usaha membodohkan rakyat. Seolahnya rakyat tak punya akal untuk berfikir. Maka bodohlah siapa yang percaya dan mahu bekerjasama dengan Mahiaddin. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: