TAKKAN LA TAK KENA APA APA KOT..PATUT IMEJ NAJIB LAKI BINI OUT-AMBIK YANG TAK CERDIK ......Papagomo, Parpukari antara laskar siber ‘jaga’ Rosmah - Saksi.








Papagomo, Parpukari antara laskar siber ‘jaga’ Rosmah - Saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini bahawa blogger seperti 'Papagomo', 'Parpukari' dan 'The Unspinners' adalah antara 40 laskar siber yang dibayar oleh Rosmah Mansor untuk menjaga imej dan reputasi baiknya di media sosial.

Bekas pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor, 46, berkata, bahawa mereka bertiga menerima bayaran sebanyak RM5,000 sebulan daripada peruntukan RM100,000 selama hampir enam tahun sejak 2012.

“Mereka adalah antara tiga atau empat ketua pasukan laskar siber.

"Terdapat juga 12 hingga 15 blogger yang dibayar sekitar RM3,000 dan kira-kira 30 pengguna Facebook yang semuanya dibayar sekitar RM2,000 setiap satu selama enam tahun," katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh.

Rizal, yang merupakan saksi pendakwaan ke-21, memberi keterangan dalam perbicaraan isteri bekas perdana menteri, Najib Razak yang berdepan satu tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta dari bekas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Rizal sebelum ini dalam keterangannya memberitahu bahwa pada tahun 2012 dan atas arahan Rosmah, dia menubuhkan laskar siber yang tugas mereka antara lain adalah untuk memantau kandungan media sosial dan menangkis serta memberikan penjelasan berhubung setiap fitnah dan tuduhan yang dibuat terhadap isteri Najib itu.

Saksi itu, yang bekhidmat untuk Rosmah antara 1 Mei 2009 dan Mei 2018 di bawah bahagian FLOM (Wanita Pertama Malaysia) yang kemudian dinamakan semula sebagai Bahagian Khas, berkata, pasukan laskar siber itu beroperasi dengan dana yang diberikan oleh Rosmah, iaitu RM100, 000 tunai setiap bulan untuk tujuan tersebut.

Jagjit menegaskan bahawa anggaran dana RM100,000 itu adalah dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang dikhaskan kepada FLOM, dan bukannya datang secara langsung dari Rosmah, yang tidak dipersetujui oleh Rizal.

Rizal: Saya tidak tahu sumbernya, tetapi saya terima wang daripadanya (Rosmah).

Jagjit: Wang itu tidak pernah datang dari akaun banknya (Rosmah)?

Rizal: Saya tidak boleh mengesahkannya.

- Bernama

 

No comments: