Mohd Mukhlis.
Dulu mereka kata jangan berpolitik waktu Covid, tapi rakyat tak lupa siapa yang gila berpolitik di Sabah sampai kes mengila jadi 2000 sehari.
Dengan SOP yang berubah lebih cepat dari sales Shopee , kalau VIP siap boleh adjust masa kuarantin, tapi kalau kena pada marhaen, tanggal sekejap topeng pun dah kena denda dan penjara.
Semalam 2 parti yang kata jangan berpolitik masa Covid sibuk bermesyuarat bukan sebab nak fikir macam mana nak tolong rakyat yang kena buang kerja, bukan fikir macam mana nak mudah mangsa banjir, bukan fikir macam mana nak kurang beban rakyat.
Yang UMNO fikir macam mana nak lepaskan diri dari penjara dengan ugut Din Pagoh.
Yang Bersatu fikir macam mana nak berkuasa dengan sokongan senipis kulit bawang.
Lepas tu KPM dengan yakin kata sesi persekolah bermula 20 hb, tapi time buat keputusan tu waktu zaman bila, semalam pecah rekod kes tetinggi 2.6K kes dalam masa satu hari, Menteri Pendidikan legasi Hobbart entah hilang ke mana.
Menteri Kesihatan Psudoscience tak payah cerita la, muka dia hanya keluar kalau ada perayaan, maybe next apperance masa tahun baru cina.
PM tak habis-habis dengan perutusan dia, negara kena bayar 800 juta dekat Singapura pun dia buat tak tahu, malu kat negara jiran bila parlimen mereka kata contract batal sebab Malaysia tak nak tender terbuka ( nak bagi kroni)
Lagi banyak ujian dan peringatan yang Allah berikan lagilah ramai menteri-menteri ini missing in action. Sedangkan Nabi telah memberi amaran bala yang menimpa umat terdahulu adalah di sebabkan double standard dalam menghukum.
"Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah apabila ada orang yang dihormati (terhormat) dari mereka mencuri, maka mereka pun membiarkannya. Namun jika ada orang yang lemah dan hina di antara mereka ditangkap kerana mencuri, maka dengan segera mereka melaksanakan hukuman ke atasnya" HR. Muslim
73 jemaah menteri dalam kerajaan tidak berfungsi, semua pakat makan gaji buta. Nama gah "perikatak nasional", tapi hari-hari berpolitik, urusan kerajaan di biarkan berjalan macam autopilot. Cumanya destinasi terakhir adalah menuju gaung buta; jadi by hook or by crook ia perlu di tukar dengan kadar segera.
Mungkin SSST lupa bacakan pesanan Nabi SAW pada Din Pagoh waktu bagi sertuan tempoh hari;
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan." (Riwayat Bukhari)
Dan juga hadiah bendera al-ghadr untuk mereka yang berkhianat perjanjian.
“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu terdapat bendera di punggungnya pada hari kiamat, (bendera itu) diangkat setakat mana pengkhianatannya. Ketahuilah bahawa tiada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan pemimpin orang ramai” (Sahih, riwayat Muslim)
“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu bendera pada hari kiamat yang tercatat padanya “Inilah pengkhianatan si polan” (Sahih, riwayat al-Bukhari dan Muslim)