APA TUJUAN GOLONGAN YANG MEMPERLEKEHKAN ANWAR BERKENAAN SD SEHINGGA SANGGUP CIPTA TOHMAHAN DAN FITNAH.

 

Image may contain: 1 person, text that says "ANNUAR MUSA DEDAH SD ZAHID SOKONG ANWAR"


BOB KELANANG

DS Anwar setia kepada janji. Rela dituduh penipu namun untuk dedahkan nama mereka yang ada dalam SD, tidak sekali-kali. Akhirnya orang lain yang dedahkan dan sahih DS Anwar bukan penipu.

Cuma yang menuduh sahaja yang tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Sudahlah terbukti salah dan memfitnah DS Anwar, jangankan untuk meminta maaf, bahkan mereka cipta pula tohmahan lain.

Perlu diingat, yang mahu PH ambil alih kerajaan ini adalah puak pembenci DS Anwar sendiri. Bukan DS Anwar sangat pun. Malah mereka tergamak tuduh DS Anwar gagal sebagai Ketua Pembangkang hanya kerana gagal jatuhkan PN.

Tapi apabila terdedah DS Anwar punya cukup sokongan untuk jatuhkan PN, mereka tuduh pula DS Anwar gadaikan prinsip kerana terima sokongan UMNO. Walaupun DS Anwar telah jelaskan hanya terima mereka yang akur kepada prinsip PH.

Kalau tanpa sokongan UMNO, nak dapatkan dari mana lagi bagi cukupkan lebih 112? Bukannya mereka yang aktif menghina DS Anwar dalam socmed ini boleh beri kerusi extra pun!

Sebenarnya, mereka cuma mahu gagalkan DS Anwar dari menjadi PM. Itu sahaja. Bukan mereka kisah lagi siapa sokong. Asalkan DS Anwar cukup kerusi, maka mesti serang biar DS Anwar gagal.

Tapi kalau orang tua yang jadi pujaan mereka itu cukup kerusi, datang dari planet mana pun mesti terima. Itulah kesimpulan yang boleh aku buat. Mereka hanya mahu halang DS Anwar jadi PM.

Tapi kenapa?

Entah. Mungkin kerana ketegasan DS Anwar dalam mempertahankan integriti. Mereka ini jenis orang yang tiada kelayakan untuk pegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Kalau DS Anwar jadi PM, mereka amat pasti tidak akan dapat apa-apa.

Sedang Mahathir, maharaja kronisme di galaksi Bina Sakti ini tidak pernah kisah kelayakan calon. Asal boleh diperkuda, kamu akan kaya. Mungkin sebab itu mereka mahukan Mahathir, bukan DS Anwar.

Mudahnya begini sajalah. SD yang didedahkan oleh Annuar Musa itu sebenarnya sudah tidak punya makna lagi. Tapi kalau menjadi semula, aku rasa patut DS Anwar teruskan sahaja. Bentuk saja kerjasama dengan UMNO.

Tinggalkan sahaja mereka yang banyak bunyi itu. Mereka pun tidak signifikan kewujudannya dalam persada politik Malaysia. DS Anwar tidak akan rebah tanpa mereka. Tapi mereka yang akan lemas tanpa DS Anwar.

Aku lebih memilih PRU berbanding kerajaan SD. Tetapi jika ini caranya untuk berikan mereka pengajaran, maka teruskanlah. Biar mereka sedar yang mereka itu bukan penting mana pun.

Mungkin tulisan aku agak keras dalam kias. Tapi aku sudah bosan dengan hipokrasi mereka. Cukuplah. Mereka tidak layak berketuakan orang yang berintegriti seperti DS Anwar.

Biar mereka pergi jahanam bersama saka tua yang belum pernah puas rompak harta negara untuk kayakan keluarga dan kroninya.

Raja Gelap

 

No comments: