MALAYSIA BAKAL TERIMA FA 50 JUMAAT INI

 


Malaysia bakal menerima kumpulan pertama pesawat pejuang ringan FA-50M pada Jumaat ini, 30 Oktober 2026.







Dua buah pesawat pertama daripada jumlah keseluruhan 18 buah pesawat FA-50M Block 20 buatan Korea Selatan akan tiba.


Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.


Latar belakang perolehan,


Kontrak ditandatangani pada Mei 2023 antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan syarikat aeroangkasa Korea Aerospace Industries (KAI) bernilai hampir RM4 bilion.


Model ini dinamakan khusus sebagai FA-50M, iaitu untuk Malaysia, dan dilengkapi spesifikasi yang jauh lebih canggih berbanding model FA-50 biasa yang digunakan oleh negara lain.


Penerimaan ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh keupayaan tempur udara dan pertahanan ruang udara negara, khususnya aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


18 pesawat ini akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, dengan sebahagiannya dirancang untuk ditugaskan di Pangkalan Udara Labuan.


Jadual seterusnya,


Baki 16 buah pesawat lagi akan diterima secara berfasa sehingga Mac 2028, tanpa sebarang penangguhan setakat ini.


Secara ringkasnya, ini bukan sekadar tambah pesawat baru, tapi langkah besar TUDM untuk gantikan pesawat lama seperti Hawk dan perkuatkan kawalan ruang udara di Semenanjung dan Borneo.


Begitulah yer

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG






No comments: