BILA SUKA CABAR DAN TERKENA PULA PM YANG BUKAN PEMAAF...NASIB LA NAJB



2-3 hari ini hangat dengan SD pengakuan Azilah tentang pembunuhan Altantuya..sebenarnya aku tak berapa minat kes kes lama diulang tayang semula.. bagi aku hari ini masa untuk Move On dengan membangunkan Ekonomi dan negara..

tapi bila Najib sendiri dalam status dia dok ulang ulang cabar kerajaan PH dakwa dia, Memang dia silap besar lah.. Atok memang pantang dicabar... Jadi sendiri cari pasal lah.. itu lah perangai Najib, Dia selalu cabar troll orang, Bila kena menangis kononnya jadi Mangsa.. 

Kalau kes ni disabitkan dengan pendakwaan saja, maknanya hari pertama didakwa, Najib tidak akan dibenarkan ikat jamin, dan akan terus ke Penjara.. Jadi biar lah Tun yg selesaikan..ini bukan urusan kita..

Bagi aku nasiblah Tun yang jadi PM..sebab dia bukan Pemaaf seperti Ds Anwar.. jadi biar Tun Mahathir selesaikan.. moga selepas Ds Anwar jadi PM ,Ds Anwar tidak akan dibebankan dengnan semua kerja jahat regim lama ini lagi..jadi bagi Tun Mahathir selesaikan.. 

Najib biasa lah.. Dulu orang tanya pasal Jho low pun dia kata tak kenal.. Dia tak kenal sapa Jho Low.. Dia Cukup yakin duit itu dari Putera Raja Saudi, Siap publish Dokumen ada Cop Mohor saudi lagi.... akhir dalam Mahkamah, Dia kata dia ditipu Jho Low.. sebab Yakin Jho Low begitu rapat dgn saudi.. 

disini pun dah nampak Najib kaki temberang.. Kalau dia Yakin degan Jho Low, dia ditipu dgn Jho Low, tang mana dia tak kenal Jho Low.. Begitu juga dalam Kes Altantuya.. Dia kata tak kenal Altantuya.. tapi semua kes Melibatkan Kes Altantuya, Melibatkan urusan transaksi ,urusniaga dengan orang dan kenalan rapat dia, Melibatkan Kementerian dia..

Razak baginda itu penasihat dan pembantu Najib, Sirul dan Azilah itu juru iring dan pegawai peribadi Najib..Altantuya itu pula jelas berurusniaga soal kapal Selam berkaitan dengan Kementerian Najib dan Razak baginda jelas terima komisen dalam urus Niaga itu.. 

Kalau kata Najib tidak terlibatpun, jelas kes ini amat dekat dengan Kementerian Najib.. dan pasti jika ini jenayah peribadi melibatkan Azilah, mana mungkin mudah Bom C4 digunakan untuk meledakkan jasad Altantuya.. mana mungkin rekod keluar masuk,,Imigresen melibatkan Altantuya dipadamkan.. 

Jika ia bukan dilakukan Najib, dah pasti ia juga bukan dilakukan Azilah dan Sirul secara peribadi.. dan Misteri inilah yang perlu dirungkai.. dan bagi aku pendedahan ini akan lebih menarik jika semua persoalan ini terjawab..biarpun sukar untuk sabitkan Najib selepas bukti dihapuskan sekian lama..

Bagi aku nak sabitkan seseorang dengan kes Bunuh.. tambah kes lama yang mana segala bukti , jasad dan keterangan sudah dihapuskan agar sukar.. ia berbeza dengan Tuduhan melibatkan salah laku Kewangan... Biarpun kamu hapuskan segala bukti, dokumen transaksi,Dokumen Audit.. Transaksi, "Money Trail" itu masih boleh dijejak sebagaimana kes 1MDB dan SRC.. hatta kamu tutup akaun,Bunuh Pengasas Am Bank pun, jejak kewangan itu masih mampu dikesan..

Memang benar.. Najib mungkin boleh terlepas dari pertuduhan, tapi bagi aku yang penting siasatan semula akan membongkar segala persoalan misteri.. Jika ini berlaku.. Bukan salah PH, tapi salah Najib sendiri.. Siapa pergi pandai pandai cabar Atok.. Cabar Tun Mahathir.. Tun Mahathir tu orang yg pantang dicabar.. dia bukan mcm Najib, Pandai Troll jer..Mengaku darah Pahlawan..padehal Pondan.. :)

Ipohmali