Selepas Kematian Almarhum Adib.. pakat nak jadi hero semua, tiba tiba pulak Musa Hassan nak tunjuk Hero.. NGO Islam nak tunjuk hero, malah PAS dan Tantawi pun nak tunjuk hero.. Kononnya Nasib penjawat Awam mesti dibela.. Tujuan depa satu jer, nak main dan bakar sentimen Perkauman..
Kan Semalam TPM sendiri Janji..Kerajaan Janji akan tangkap Pembunuh..Mereka akan dibawa ke Muka Pengadilan.. Dah lebih 100 orang ditahan.. tahu lah Polis Buat Kerja.. bukan mudah nak kesan pembunuh sebenar.. dalam rusuhan Memali dulu pun, kita tak tahu sapa yg bunuh anggota Polis..
Konon nak tunjuk hero.. PAS ngan Tantawi taknak ker Bela Keluarga anggota Polis yang Mati masa rusuhan di Memali..Bukan sorang, tapi 4 orang..tu orang Islam jugak.. Depa tu mati disembelih oleh Puak Puak pentaksub PAS..takkan orang bunuh Polis mati Syahid ? ker mcm mana ?..
kalau nak kaitkan kes Bukit jenalik..Almaunah dulu pun ramai yg terlibat ahli PAS.. bukan kah kes Almaunah 2 orang Anggota Polis Mati ? Masih ada lagi yang terlibat dengan Almaunah , dan pernah ditahan ISA dalam kalangan Ulama PAS hari ini.. heran jugak,member member yg lain kena gantung, dia lepas.. takkan lah dia SB kut..
Musa Hassan usah kira lah.. Dia lagi hebat cari Pembunuh.. Dulu diam membisu bila anggota penjawat awam dibunuh..Tiba2 nak jadi Hero Pulak.. Saja nak tanya Musa Hassan.. kalau hebat sangat cari Pembunuh..Masa Teoh Beoh Hock mati jatuh Bagunan SPRM.. dah dapat dah Pembunuh Teoh Beng Hock ? walhal Dia mati dalam Tahanan dan bagunan SPRM..takkan tak jumpa sapa Pembunuh ? tak jumpa jugak..
Ok lah.. kata lah..Teoh tu orang Biasa, cina pulak tu.. org DAP.. Bukan penjawat Awam.. Masa Allayarham Sarbani, Pegawai Kastam Mati dalam tahanan SPRM.. dah ker Polis jumpa Siapa Pembunuhnya..Masa tu Musa Hassan ada Bising ? Diam membisu..takda pun.. walhal Sarbani mati Dalam tahanan dan Bagunan SPRM.. Pembunuh sampai Sekarang tak jumpa.. ada ker Terbela Keluarga Allayarham Sarbani ?
Ok lah.. Sarbani pegawai biasa macam Adib.. apa kata kes Timbalan Ketua Pengarah KASTAM di Putrajaya, Datuk Shaharuddin Ibrahim, Dia mati kena tembak ketika menjalankan tugas, di tengah tengah Jalan Putrajaya.. Sudah kah Polis dapat memburu Pembunuh Sebenar ? masa tu kenapa Musa Hassan Diam ? tu belum cerita pasal Kevin Morais, Pendakwaraya SPRM hat kena simen..
Yang betul nya Musa Hassan tu bimbang pada diri sendiri jer.. Kes dia pun banyak.. masa jadi KPN, cukup ganas kepada pendemo Jalanraya..dah bersara suruh orang hormat himpunan kat Jalanraya.. masa jadi KPN pun.. bukan lah hebat sangat pun..Tauke Judi, Kongsi gelap pun boleh lepas..
Cuma kejayaan besar Musa Hassan berjaya usung Tilam sebagai Bahan bukti kes fitnah Liwat Ds Anwar.. walhal Tilam yang dia angkut tu tarikh tuduhan itu berlaku apartmen dan Tilam tu pun masih belum Siap dan Dibeli..Kejayaan kedua dia, Berjaya tolong Saiful Bukhari mengadu kepada Najib.. itu pun dapat jadi KPN..orang ada Dosa silam ni memang lah mengelabah sikit.. kami faham.. :)