JANGAN LARI . POLIS CARI

 

Wanita tuduh ADUN Gombak Setia ‘rancang’ insiden rogol


PETALING JAYA: Wanita yang mendakwa dirogol kenalan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham, membuat tuduhan baharu bahawa wakil rakyat itu “merancang” insiden pada 5 Dis tahun lalu itu.

Wanita itu membuat tuduhan berkenaan dalam laporan polis 8 Mei, kata laporan Malaysiakini.

Peguam wanita itu, Asheeq Ali, mengesahkan anak guamnya membuat laporan berkenaan.

Katanya, laporan kedua itu turut tersebar di media sosial, seperti laporan pertama yang dibuat pada 5 Dis 2020.

Walaupun laporan pertama ditarik balik pada 8 Dis 2020, wanita itu pada Januari lalu memohon polis meneruskan siasatan.

FMT sedang mendapatkan respons Hilman mengenai dakwaan itu.



No comments: