Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengaku bahawa rakaman audio perbualannya yang bocor membincangkan pelantikan polis sebagai benar.
Hamzah berkata perbualan itu berlaku tahun lalu ketika pihak Istana Negara menginginkan beberapa nama pegawai kanan polis yang baru.
Ditanya sama ada dia akan membuat laporan polis, Hamzah berkata tiada keperluan untuknya berbuat demikian.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pelantikan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani yang akan menggantikan Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara mulai 4 Mei depan.
Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriand...