BOB KELANANG
Ada nama besar PPBM yang belum habis dengan 'kelentongan'
walaupun sudah menjadi kerajaan.
Kluster Spin ini akan memutarbelit segala fakta untuk
kepentingan PPBM sejak PRU-14.
Mungkin sebab itu Kluster Spin ini dapat jawatan penerangan
dalam parti serpihan UMNO.
Adakah patut Kluster Spin menyamakan wang KWSP dengan Kumpulan
Wang Amanah Negara (KWAN).
Wang KWSP milik rakyat. Mereka keluarkan wang mereka sendiri
untuk digunakan pada waktu sukar.
Itupun bukan mudah dapat kelulusan kerajaan. Rakyat nak beli PS5
lah, Puteri Gunung Ledang lah.
Dana KWAN pula tabung amanah negara sebagai sumber berterusan
negara dan generasi akan datang.
Objektifnya ia digunakan apabila sumber semulajadi negara
contohnya minyak menyusut.
Tetapi ia mahu dikorek kerajaan PN sebelum tiba masa dengan
alasan Covid-19 selepas begitu banyak wang negara diperuntukan untuk tujuan
sama.
Ulasan saya mengenainya beberapa hari lalu boleh dibaca melalui
link berikut:
https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2050804598391440/
Justeru soalan kepada Kluster Spin siapakah sebenarnya yang
merapu sehingga terbabas-babas disamakan dana KWSP dengan KWAN?
Kluster Spin PPBM semakin merapu apabila cuba menunding jari
kepada menteri dari UMNO dalam kerajaan PN disebalik penggunaan dana KWAN.
Kluster Spin kata UMNO gagal berbincang di peringkat dalaman
dengan menteri dari UMNO yang menjaga hal kesihatan dan vaksin sebab terlalu
ghairah nak tunjuk pandai.
Memang sah ini Kluster Spin PPBM. Apa mandat UMNO untuk
menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan PN dan adakah Perdana Menteri atau
Menteri Kewangan dari UMNO?
https://www.bharian.com.my/.../kerajaan-ambil-rm5-bilion...