APA ? HARIMAU LARI KERANA PEMBALAKKAN ? ISH..ISH..ISH...






Apa? Takkanlah ulama nak menipu. Kan? Kan? Kalau ulama kata harimau keluar dari habitat sebab dah tua, itulah sebabnya. Korang yang bukan ulama jangan nak memandai tau!

Haha... Terima kasih Kuasa. Ini yang kita perlukan. Maka tiada lagi dalih untuk menafikan yang aktiviti pembalakan telah membuat kehidupan haiwan liar ini terancam. Rupanya orang kayangan punya kerja. Yang jadi mangsa pula marhaen.

Bagaimana kita nak selesaikan perbuatan yang jahat begini?

Bagi aku, melalui pendidikan. Sistem pendidikan kita perlu dirombak. Kerana kita sekarang terlalu tumpu kepada akademi sehingga terlupa mendidik perkara bukan akademi seperti ini.

Didikan supaya mencintai hutan, alam sekitar, bencikan rasuah dan lain-lain perlu disemai dari awal persekolahan. Tapi sekarang ni murid tahun 1 pun dipaksa fahami topik yang terlalu susah sampai mengancam jiwa.

Akibatnya lahirlah manusia buas seperti yang kita lihat sekarang ini. Sampaikan ada manusia yang gelarkan diri sendiri ulama pun sanggup berbohong membodohkan rakyat demi harta dan kuasa.

Kalau rakyat sudah ada kesedaran, untuk bekerja dengan pemusnah hutan ini (contohnya penebang balak) pun mereka tak mahu. Kerana sudah ada rasa sayang kepada alam dalam diri mereka.

Jika BN/PN yang berkuasa, mati hidup balik lepas tu mati balik dan hidup balik pun, tak mungkin kita dapat lihat corak pendidikan yang mementingkan perkara seperti ini.

Sebab apa? Yang mereka yang memimpin sendiri adalah manusia buas. Sebab itu, kalau mahu negara ini jadi lebih baik, yang perlu diubah adalah pemimpin. Baru kita boleh betulkan yang lain.

Raja Gelap

 

No comments: