ISU DADAH YANG SEMAKIN MERUNSINGKAN. BUKAN SAHAJA RASUAH....MALAYSIA MAKIN DOWN.KELANTAN DAN KEDAH MENCATAT PENAGIH PALING RAMAI.








LIYANA MARZUKI

Dalam sibuk Kerajaan Melayu Islam PAS jatuh hukum kepada non-muslim mengenai arak, mereka selalunya buat2 lupa hukum mengenai dadah.

Minggu ni saja cerita mengenai dadah merunsingkan. Ada penagih dadah yang penggal kepala emak sendiri, ada cerita nenek 52 tahun kena tangkap menagih.

Berapa kali kita baca kes penagih dadah liwat dan rogol bayi dan ada kes penagih dadah bawah umur sampai bunuh budak tahfiz.

Tapi kita lihat pemimpin Melayu Islam kita jarang langsung berbunyi pasal dadah ni. Walhal hukum nya sama saja dengan arak. Haram jua.

Untuk rekod, masyarakat Melayu paling banyak terjerumus dalam kes dadah. Negeri majoriti Melayu Islam Kelantan dan Kedah pada tahun 2020 merupakan negeri yang catat kes dadah paling tinggi. Ini mengikut AADK.

Untuk rekod juga, kes jenayah akibat dadah adalah lagi tinggi daripada kes langgar lari akibat mabuk. Tapi kes dadah jarang ditekankan oleh parti politik.

Kenapa? Jawapan nya simple. Sebab tak boleh nak ditunggang untuk tujuan politik kerana yang ramai terlibat adalah Melayu Islam.

Pada saya, dua2 haram. Maka pemimpin Islam patutnya bersuara lantang ke atas kedua2nya.

Bukan hanya pilih satu kerana hendak raih populariti politik Melayu.

Walhal kalau betul nak pertahankan kaum, elok ditengokkan dan diperbetulkan kaum kita dulu. Najis dadah ini yang utama.

Bukan hanya menjerit melolong menetapkan dosa orang bukan seagama.

#justsaying #noracepolitics

 

No comments: