PERLU SEDIKIT KEBERANIAN. JIKA PHd ITU BERGUNA..BERHIJRAHLAH KE NEGARA LAIN.NEGARA INI PELABUR PUN TAK MAHU MASUK

 Lelaki ini kecewa ada PhD tapi hanya kerja sebagai Grabfood

Lelaki ini kecewa ada PhD tapi hanya kerja sebagai Grabfood


Walaupun bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD), namun seorang pemuda berusia 32 tahun hanya bekerja sebagai GrabF00d menyesaI kerana menghabiskan masa memfokuskan diri membina ilmu berbanding mencari pengalaman kerja.

”Tidak berbaloi,”

Demikian luah seorang pemuda berhubung tempoh lapan tahun yang dihabiskannya untuk melengkapkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Perkongsian pemuda tersebut di IIUM Confenssions yang dikongsi oleh @ImanQurrotuaini melalui akuan Twitternya tular dan meraih 8,400 ulang kicau dan 5,700 tanda suka di media sosial tersebut.

Lebih pilu, dia juga risau kerana tidak dapat membantu tiga adiknya yang masih bersekolah serta ibu bapanya.

”Kesian mak ayah aku. Aku patut dah mampu bantu mereka dari segi perbelanjaan harian supaya mereka tak perlu pening berkira-kira dalam hidup.

”Ada lagi tiga adik masih belum habis belajar, pun perlu mereka tanggung.

”Aku? Hanya mampu sara diri sendiri. Maaf ibu ayah dan adik-adik abang,” luah pemuda itu.

Bercerita mengenai perjalanannya menuntut ilmu, dia memaklumkan sudah menghabiskan pengajian PhD pada 2017.

Ujarnya, dia sudah mencari kerja sejak di peringkat diploma, namun usahanya gagal dan berterusan sehingga ke peringkat PhD.

”Sebab penolakan mereka (syarikat), saya terlebih layak untuk pekerjaan itu. Kalau sorok PhD dan Master dalam resume, mereka akan tanya kenapa ada kekosongan lapan tahun tanpa pengalaman kerja?

”Masa tu kena berceritalah kata ada Master dan PhD. Disebabkan itu, mereka tolak saya untuk sebab sama.

”Saya lelaki, umur hampir 32 tahun, tanpa kerja stabil. Aku makin takut dengan hari-hari yang mendatang,” luahnya.

Ujarnya, tempoh lapan tahun itu sepatutnya diguna untuk membina kerjaya dan dia kini baru tersedar selepas melihat rakannya memiliki kehidupan yang stabil.

Malah, hidup ahli keluarganya juga pasti lebih baik jika dia sudah lama bekerja, luahnya lagi.

Tambah pemuda itu, jika dibandingkan beban hutang pelajaran yang ditanggung dengan keadaan semasa, ia sememangnya sangat tidak berbaloi untuk meneruskan pengajian hanya kerana minat belajar dan cintakan ilmu.

”Aku mula rasa sinis bila membaca komen-komen sambung belajar sebab minat belajar, buat PhD sebab cintakan ilmu.

”Aku pun begitu dulu, kerana clnta untuk belajar, sumpah benar. Kerana itu, aku sambung belajar hingga PhD.

”Tapi lihatlah sekarang, ke mana minat telah membawaku?” soalnya.

Perkongsian semula kisah itu di Twitter dan antara komen netizen di Twitter.

Dia turut memberi saranan bahawa pengajian postgraduate hanya sesuai untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman dan kepakaran dalam bidang tertentu.

Malah, pensyarah dan profesor juga perlu berhenti menyasarkan lepasan ijazah untuk menjadi pelajar postgraduate mereka, kata pemuda itu.

”Ilmu bukan terletak di universiti sahaja. Di kilang-kilang, pejabat-pejabat hatta di jalan pun ada banyak ilmu lagi.

”Ingatlah, usahamu di lapangan kerja, orang sekelilingmu mendapat manfaat.

”Usahamu di makmal postgraduate akan tersimpan di celah kulit tebal dan rak buku terperuk dalam perpustakaan. Entah siapa yang akan membacanya nanti,” tulis pemuda itu lagi.

Dia juga mengakui mengalami tekanan disebabkan hal itu dan kini bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood.

Perkongsian luahan itu dikongsi semula oleh seorang individu di Twitter.

Ia sehingga kini menerima lebih 7,300 ulang kicau (Retweet) dan turut dihujani komen yang meminta agar dia bersabar dan terus berusaha.

Intan_lavender menulis: “Inilah yang aku rasakan. Kadang-kadang rasa macam menyesal dulu tak kerja selepas dapat master walaupun ada dapat tawaran kerja tapi pilih untuk sambung PhD lepas dapat tawaran penajaan. Kena banyak sabar dan reda dengan pengalaman hidup yang ALLAH nak bagi.”

“Kakak saya ada master tapi sekarang sampai tak dapat kerja. Lepas itu kahwin ada anak, sekarang ini jadi suri rumah sahaja. Mak ayah pula kecewa sebab dia antara harapan keluarga belajar bertahun namun tak dapat kerja. Apapun perancangan ALLAH itu indah dan sentiasa bersangka baik,” katanya ImanQurrotuaini di Twitter.


No comments: