JOM KE SHAH ALAM




Hari ini 24 November, Konvenseyen Reformis kali kedua akan diadakan di IDCC, Shah Alam.
Konvensyen ini akan berlangsung selama sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Jika kovensyen kali pertama pada 2017 dulu memfokuskan kepada tuntutan serta desakan untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara, program kali kedua ini lebih terarah kepada peralihan kuasa dan perlaksanaan reformasi dalam negara.
Beberapa tokoh penting dalam gerakan reformasi yang bermula sejak lebih 20 tahun lalu akan hadir dan menyampaikan ucapan mereka.
Anwar, selaku pencetus gerakan reformasi juga akan turun hadir serta menyampaikan amanatnya.
Dijangka, kira-kira 1,000 orang akan menghadiri konvensyen kali kedua ini.
Ayuh, sama-sama kita lapangkan masa ke IDCC, Shah Alam hari ini untuk menyemarakkan lagi semangat reformasi dan meraikan kebebasan bersuara serta amalan demokrasi dalam negara kita. (ShahbudinHusin 24/11/2019)
Kongsikan artikel ini

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

MMMMM......HATI HATI JIKA ANDA HANYA MARHAEN