PAS SUDAH RASMI MENJADI KHADAM M.C.A.



OLEH : TULANG BESI

Mula-mulanya PAS secara terbuka berkempen untuk memenangkan calon MCA dalam pilihanraya kecil P165 Tanjung Piyai. Selama ini PAS berkempen utk orang Melayu supaya jangan menyokong calon bukan Islam.

Namun kali ini, tiba-tiba PAS berubah arah dan menyokong calon bukan Islam dari MCA yg juga anti syariah Islam secara terbuka.
DIberitakan Haji HAdi berkata:

“Walau kita berbeza pendapat tapi ada sepakat dan bersama untuk Malaysia dalam satu bahtera. Calon MCA adalah mewakili kita semua,” katanya dalam ucapan pada Ceramah Perdana BN di Rimba Terjun, di sini.

Tindakan Haji Hadi ini menyebabkan Gagasan Sejathera terbubar kerana ditentang oleh BERJASA, salah satu komponen Gagasan Sejahtera. BERJASA kemudiannya mengambil keputusan bertanding di P165 melanggar disiplin koalisi Gagasan Sejahtera.
Mengikut Haji Hadi:

"PAS akan mengkaji semula hubungan dengan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dalam Gagasan Sejahtera, susulan parti itu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan hasrat BERJASA meletakkan calon pada PRK itu, parti berkenaan tetap berbuat demikian.
“Kita tidak setuju dia (Presiden BERJASA, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz) bertanding. Itu terpulang kepada dia (untuk bertanding), namun kita tidak setuju.

“Kerjasama dengan BERJASA ini kita akan kaji dari semasa ke semasa (kerana meletakkan calon),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini."

Ini bermaksud sedari awal lagi PAS sudah sangggup memutuskan hubungan ukhuwah Islamiyyah berdasarkan akidah ISlam demi sebuah parti perkauman Cina yg berfdahaman ultra sekular dan amat membenci Islam. MCA lebih disayangi oleh PAS dari BERJASA yang berakidah Islam.

PAS TERUS JADI KHADAM MCA SELEPAS PRK TG PIAI

TIba-tiba MCA naikkan isu kontrak bekalan baja berjumlah RM1.4billion yg diberikan oleh Menteri Pertanian kepada NAFAS, yakni Persatuan Peladang yg mempunyai ahli seramai 900 ribu orang yang rata-ratanya bangsa Melayu.

Khadam-khadam MCA yg terdiri dari lebai-lebai PAS berdiri tunduk di belakang Presiden MCA taat setia bersama-sama menyebar fitnah yg sama dan menyokong tuan mereka dari MCA.
Begitu taatnya PAS kepada tuan MCA mereka yg baru ini. PAS benar-benar khadam yang setia dan taat.

TAMAT SUDAH AGENDA HUDUD PAS?

Oleh kerana PAS sudah pun mempunyai tuan yang baru, yakni MCA maka amatlah tidak masuk akal kalau dikatakan PAS akan meneruskan agenda hudud dan Qisas.

Kumpulan G18 telah dibuang setandan pada Pemilihan 2015 krn dituduh menolak hukum hudud (walaupun ianya fitnah).
NAmun sekarang PAS telah menjadi khadam kepada parti yg MEMBENCI HUDUD SELURUHNYA yakni MCA.
Begitu mudah PAS membuang agama mereka demi tuan baru mereka.
Semakin lama semakin banyak kemunafiqan dan pembohongan ulama2 PAS yg didedahkan oleh Allah SWT
TULANG BESI

No comments: