APA PUNYA LEKEH KERAJAAN PN NI..


Sehingga ini belum ada penjelasan berhubung dakwaan bahawa dana GLC diguna setiap hari untuk menaja jamuan VVIP di Parlimen.
Dakwaan tersebut telah disiarkan di beberapa portal, malah tular di media sosial sejak semalam.
Sebelum ini, sejak Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan PN, beliau telah melantik Ahli-Ahli Parlimen untuk menerajui GLC-GLC bagi memastikan sokongan terhadapnya berkekalan, meskipun sesetengahnya diragui dari segi kelayakan dan kemampuan.
Kini, GLC-GLC digunakan sekali lagi untuk menaja makan tengahari VVIP setiap hari di Parlimen, termasuk yang dihadiri oleh Muhyiddin dan Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun.
Apa perlunya dana GLC diguna untuk menaja makan tengahari mereka yang bergaji puluhan ribu itu?
Sudah diberi gaji berpuluh ribu, sekarang kikis lagi wang GLC untuk menaja makan mereka?
Apa punya lekehlah kerajaan PN ini?
Tak boleh tanggung makan sendiri ke?
Sudahlah ramai rakyat dilanda kesusahan disebabkan tiada pekerjaan, bahkan ada yang dilaporkan membunuh diri kerana dibuang kerja, tetapi ahli-ahli politik yang berkuasa nampaknya tanpa ada perasaan melantak sesuka hati membesarkan perut sendiri dengan mengguna dana GLC setiap hari sesi Parlimen diadakan.
Sebelum ini, baik ketika BN atau PH, amalan seperti ini tidak pernah sama sekali berlaku.
Kenapa sekarang ia berlaku di zaman PN yang diketuai oleh Muhyiddin?
Bukankah Muhyiddin anak seorang ulama?
Inikah juga kerajaan yang dikata nak menjaga dan membela rakyat? (Shahbudindotcom 06/08/2020)

No comments: