KAH..KAH..KAH..AKU INGAT UMNO TAK KENA KENCING DENGAN PAS...AKHIRNYA UMNO TAHU PAS KAKI KENCING KAWAN

 

Umno Kedah salahkan PAS punca MN mula longgar



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Pimpinan negeri akan akur terhadap sebarang keputusan berhubung
 kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama PAS diputuskan presiden,
 timbalan dan tiga naib presiden, kata Timbalan Ketua Umno Kedah
 Othman Aziz.

PETALING JAYA: Hubungan “akrab” Umno dan PAS mula longgar selepas parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN), kemudian disusuli pelbagai kenyataan menyerang parti rakan dalam Muafakat Nasional (MN), kata Timbalan Ketua Umno Kedah Othman Aziz.

Selain menyatakan kekecewaannya berhubung kerjasama Umno Kedah dengan PAS negeri, Othman berkata, beliau secara peribadi masih mendukung semangat MN, namun menyerahkan segala keputusan berkaitan kerjasama itu kepada pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Saya sentiasa mendukung semangat muafakat dan selalu berkata orang Melayu tidak mampu untuk berpecah, namun kita sedih apabila keakraban disemai Umno dan PAS mula longgar sejak parti itu masuk ke dalam kerajaan PN dengan pelbagai kenyataan dikeluarkan pimpinan mereka sendiri.

“Jadi, kami di bawah ini, akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan terutama lima di atas dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk melakarkan sesuatu yang memberi faedah jangka panjang demi agama, bangsa dan negara,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Berikutan itu, Othman meminta semua ahli Umno dapat bergerak bersama bagi memperkukuh parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), yang dijangka diadakan, pada bila-bila masa.

“Kita kena bergerak sederap dengan niat untuk sama-sama memperkuatkan ikatan. Kita perlu praktikkannya, jangan kita praktik hanya untuk kesenangan diri masing-masing sahaja.

“Itu tidak boleh dibuat sebab dalam perjuangan, kita bukan hanya melihat pada diri semata-mata,” katanya.