Keadilan kembali ke landas reformasi- ANALISA PEMILIHAN PKR

 

 

MSO


BAHAGIAN 1

 

WALAUPUN peringkat awal ada pihak mempertikaikan ketelusan proses pemilihan dalam PKR yang pertama kali melaksanakan dua kaedah, secara maya dan fizikal, tetapi keputusan diperolehi daripada proses itu seperti realistik dan tidak banyak menimbulkan pertikaian. 

Gambaran bahawa wujud 59,000 undi atas talian meragukan sebelum ini tidak menjadi pemusnah keyakinan ahli parti kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang diketuai Dr Zaliha Mustafa.  

Proses pemilihan sudah pun selesai dan hanya menunggu pengumuman rasmi yang akan dibuat semasa kongres nasional nanti. 

Walaupun ada beberapa bantahan mengenai kesahihah undi, tetapi ia tidak mempengaruhi keputusan yang telah dimaklum. Seperti umum sudah ketahui, untuk jawatan timbalan presiden dimenangi Rafizi Ramli yang menewaskan Saifuddin Nasution Ismail. Kemenangan diraihkan Rafizi boleh dianggap besar, apabila majoriti cecah lebih 20,000.

Secara jujurnya semasa berlangsung kempen ia dibimbangkan akan berlaku keretakan dan belah sekali lagi dalam parti itu. Alhamdulilah dengan ulasan awal diberikan Saifuddin Nasution yang menerima kekalahannya, melegakan dan menjelaskan kenyataan dan pengakuan Setiausaha Agung itu, beliau seorang pejuang sejati yang tidak kecewa dengan kekalahan dalam pertandingan. Semangat ini yang ditunjuki oleh Saifuddin itulah perlu ditaladani. Persahabatan dalam parti tidak dicarikkan dengan pertandingan. 

Secara jujur, saya sendiri bimbang kalau Rafizi yang berada dipihak Saifuddin, apa lagi beliau awal-awal sudah membuat "pertikaian" akan ketelusan proses pemilihan itu dan mempersoalkan keberkesanan cara pemilihan. Bukan itu sahaja, ia tambah membimbangkan apabila mengenangkan apa yang berlaku sebelum ini apabila bekas ahli Parlimen Pandan itu kalah dengan Azmin dan rentetan daripada itu beliau bercuti daripada parti.  

Dalam analisa dibuat Rafizi, beliau mendapat lebih 60 peratus undi, dan 80 peratus cabang Keadilan di seluruh negara berpihak kepadanya. Fakta ini disifatkan sebagai satu kemenangan belum pernah dicapai oleh mana-mana calon timbalan presiden. Perangkaan itu juga menunjukkan pemilihan dalam Keadilan kali ini dibuat secara kolektif dan berasaskan satu tujuan dan satu matlamat.

Rafizi berjaya menduduki jawatan itu selepas percubaan pertamanya berentap dengan Azmin Ali, kalah tiga tahun lepas. Ketiadaan Azmin Ali dalam Keadilan kerana tergamak mengkhianati parti dan perjuangan serta tegal meninggalkan bosnya Anwar kerana mengejar keinginan nafsu, membuka peluang untuk Rafizi menunjukan bakat kepimpinan dan idealisme politiknya. Itulah hikmah tersembunyi disebalik pengkhianatan Azmin. 

 

 

No comments: