PAKAT PAKAT MOHON MAAF BERJEMAAH...TAR SENIK DAN USTAZ PANAH PETIR BELOM LAGI MINTA MAAF KO

 

Chegubard mohon maaf kerana fitnah Tony Pua

Diterbitkan:  May 31, 2022 8:30 AM

 

Pemimpin Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin mengeluarkan permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan menarik balik dakwaan fitnah yang dibuat terhadap pemimpin DAP itu dalam dua hantaran berasingan pada 2019.

Badrul Hisham dalam catatan Facebook pada Sabtu lalu berkata, dia menerima maklumat daripada individu yang terlibat dalam kerajaan peringkat tertinggi, kononnya berkenaan perkara-perkara yang sedang berlaku dalam kerajaan

Pada ketika Pua merupakan setiausaha politik kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard mengaku menulis hantaran Facebook pada 23 Ogos dan 5 Sept 2019, daripada maklumat yang tidak disahkannya sendiri dan kemudiannya didapati mengandungi dakwaan fitnah terhadap Pua.

ADS

“Maka sehubungan dengan ini saya meminta maaf secara terbuka, menyesal dengan apa yang berlaku dan mengakui gagal membuktikan apa yang dibangkitkan dalam siaran Facebook pertama dan siaran Facebook kedua tersebut.

"Oleh demikian, saya ingin menarik balik siaran Facebook pertama dan siaran Facebook kedua tersebut dan dakwaan-dakwaan tersebut secara keseluruhan dan sepenuhnya.

"Saya juga amat menyesali tindakan saya tersebut dan ingin memohon maaf dengan sepenuhnya kepada Yang Berhormat Tony Pua Kiam Wee dan DAP atas perkataan-perkataan yang mungkin boleh disifatkan fitnah dan dakwaan-dakwaan tersebut.

"Saya juga mengakujanji supaya tidak mengulangi, menerbitkan atau menyiarkan semula perkataan-perkataan fitnah dan/atau dakwaan-dakwaan tersebut,” katanya.

Pua pada Mac tahun lepas memfailkan saman fitnah terhadap Badrul Hisham kerana memfitnah berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property.

No comments: