KAH..KAH..KAH..ORANG TAK AJAK SEBAB TAK ADA KERUSI..KERUSI TAK PANAS ..TUNGGU NAK BUBAR....

 

Cubaan tukar kerajaan, Pejuang tidak terlibat, kata Mukhriz

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Mukhriz Mahathir memberitahu Pejuang mahu memberi tumpuan
 kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

PETALING JAYA: Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir memberitahu, parti itu hanya memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan tidak terlibat dengan sebarang percubaan untuk menukar kerajaan sedia ada.

Katanya, Pejuang tidak terlibat dalam dakwaan terbaharu bahawa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sudah mendapat sokongan 119 ahli Parlimen untuk dilantik semula sebagai perdana menteri.

Sekiranya benar, beliau meminta perkara dibuktikan dan tidak boleh sekadar dakwaan.

“Dalam hal percaturan politik nak tumbangkan kerajaan sedia ada, tukar perdana menteri kami (Pejuang) tak campur tangan. Kami pun empat orang sahaja, bagi kami (Pejuang) hanya membuat persiapan menghadapi PRU15.

“Saya ingat rakyat pun dah meluat kalau asyik nak tukar-tukar ini, dah penat,” katanya memetik laporan Bernama.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal yang mendakwa beliau dihubungi Muhyiddin bagi mendapatkan sokongan untuk menjadi perdana menteri semula kerana sudah mendapat sokongan 119 ahli Parlimen.


No comments: