MANA SATU PAS MAHU NI...MACAM ORANG MEROYAN SAJA LAGAKNYA..


Susulan beberapa perkembangan politik yang berlaku dalam PH kebelakangan ini, Pas barangkali paling banyak cuba campurtangan dan memberi saranan.
Lebih melucukan, semua saranan itu dinyatakan oleh pemimpin yang sama, Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pemimpin nombor dua dalam Pas.
Mula-mula, beliau menyarankan agar Parlimen dibubarkan bagi membolehkan kepimpinan baru menerajui negara.
Katanya, hanya kepimpinan baru dapat membawa kestabilan kepada negara ketika ini.
Kemudian, Tuan Ibrahim tampil menyarankan agar wakil DAP meletakkan jawatan daripada kerajaan.
Terbaru, beliau menyarankan agar Perdana Menteri merombak kabinet yang ada sekarang.
Katanya, berikutan konflik yang dicetuskan oleh Dong Zong, kini adalah waktu yang sesuai untuk Tun Mahathir Mohamad melakukan rombakan kabinet.
Hanya dalam tempoh tidak sampai sebulan, ada tiga saranan daripada Pas.
Apa yang Pas mahu sebenarnya?
Bubar Parlimen, wakil DAP letak jawatan dalam kerajaan atau Tun Mahathir rombak kabinet?
Kenapa Pas tidak konsisten dengan satu kehendak saja? (Shahbudindotcom 13/08/2019)

No comments: