KENYATAAN INI BERMAKNA BERSATU TIDAK MENYUKAI TEAM ZAHID HAMIDI


Pak Wan persilakan MP Umno kluster mahkamah tubuh kerajaan ‘kleptokrat’

/ August 15, 2021

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mempersilakan 15 Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan sebuah kerajaan ‘kleptokrat’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang dikenali sebagai Pak Wan itu menegaskan tindakan kesemua MP Umno terbabit bertanggungjawab memusnahkan kerajaan PN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah itu dalam masa sama menganggap keputusan Ahli-ahli Parlimen ‘kluster mahkamah’ berkenaan adalah tindakan kurang bijak kerana memperjudikan nyawa rakyat pada saat negara sedang memerangi Covid-19.

Redzuan turut kesal dengan tindakan mereka terbabit menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin ketika semua pemimpin politik sepatutnya berganding bahu menangani krisis Covid-19.

“Tan Sri Muhyiddin mungkin tiada majoriti, hanya memiliki sokongan 100 ahli Parlimen, jadi siapa yang ada sokongan majoriti 111 ahli Parlimen dipersilakan bentuk kerajaan baharu.

“Saya amat kesal dengan tindakan kurang bijak 15 ahli Parlimen UMNO yang mengundang krisis politik ketika ini. Saya persilakan kluster mahkamah ini untuk membentuk kerajaan kleptokrat,” lapor Sinar Premium hari ini.




No comments: