KATA MEREKA....KATA RAKYAT??????

KAKITANGAN POS MALAYSIA DI BERI KENAIKAN GAJI MULAI 1 JULAI. DALAM MASA YANG SAMA DAN TARIKH YANG SAMA JUGA HARGA STEM PUN NAIK HARGA...YANG BERKAITAN PUN NAIK JUGA.......


Naik gaji: Satu lonjakan bersejarah

KUALA LUMPUR 7 April - Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (Upus) menyifatkan kenaikan gaji antara 11 hingga 19 peratus yang diumumkan semalam, sebagai satu lonjakan bersejarah.

Presidennya, Suffian Unoss berkata, ia merupakan satu sejarah apabila kadar gaji dan elaun Pos Malaysia setara dengan gaji dan elaun semasa kakitangan kerajaan.

Menurutnya, langkah itu telah meletakkan kerjaya Pos Malaysia berstatus tinggi serta mengikut keadaan ekonomi semasa.

''Kenaikan tersebut turut menaikkan moral kakitangan terlibat dan memberi motivasi kepada setiap kakitangan untuk terus meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan Pos di negara ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan kenaikan gaji antara 11 hingga 19 peratus melibatkan 15,000 kakitangan Pos Malaysia termasuk 1,880 posmen dan kerani pos yang akan menikmatinya berkuat kuasa 1 Julai ini.

Penstrukturan semula gaji berkenaan seiring dengan aspirasi Model Ekonomi Baru (MEB).

Dalam pada itu, Suffian memberitahu, kenaikan tersebut memberi banyak manfaatkan kepada kakitangan berpangkat rendah iaitu daripada Pembantu Am Rendah, Ketua Penyelia Posmen, Kerani Pos biasa sehingga Penolong Kanan Eksekutif.

"Mengikut perjanjian enam CA (perjanjian bersama) antara Pos Malaysia dan kerajaan, Kumpulan Bukan Eksekutif (D) iaitu Gred P1 hingga P5 menerima kenaikan gaji pokok tahunan hanya empat peratus.

"Dengan insentif terbaru ini, dijangka kakitangan Pos Malaysia akan menikmati kenaikan sebanyak 15 peratus menjadikan 19 peratus.

''Ia juga melibatkan Kumpulan Bukan Eksekutif (C) yang menerima kenaikan yang sama,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengambil kira komitmen serta pengorbanan Pos Malaysia selama ini.

Add to  Google

No comments: