Ada satu saja alasan kenapa Pas tak
henti-henti mainkan nama DAP. Iaitu kerana Pas tiada apa lagi yang mampu
diperkatakan.
Berpuluh tahun dahulu Pas berdiri atas nama
kerajaan Islam, kepimpinan ulama, hudud DAN semua yang ada nama Islam.
Tapi sekarang tidak ada apa lagi pun yang Pas
hendak laungkan.
Negara Islam? Pas adalah parti Melayu
sekarang seperti tertulis dalam status Hadi sendiri. Pas cuma mahu negara
Melayu. Bukan lagi negara Islam. Sebab itu sampai sanggup mencuri mandat.
Hudud? Pas dah buang jauh-jauh. Hadi sendiri
dah akui hudud bukan keutamaan. Dan Hadi juga akui ada pemimpin UMNO yang tolak
Hudud.
Kepimpinan ulama? Tengok bagaimana Kelantan
mundur kerana diperintah oleh ulama ego. Tiada sebarang kemajuan pun.
Terengganu dan Kedah sendiri pun diserahkan
kepada bukan ulama. Jadi slogan kepimpinan ulama dah jadi retorik.
RUU355? Lagilah... Itu hanya camouflage untuk
kaburkan mata pengikut yang sudah sedia buta hati. Konon-konon je jalan menuju
hudud.
Jadi Pas nak cerita pasal apa? Nak cerita
tentang keadilan? Mereka mana reti. Nak cerita tentang ekonomi? Mereka mana
tahu. Nak cerita tentang pelaburan? Lagilah mereka buntu.
Menteri dia yang pegang portfolio air pun nak
selesaikan masalah rakyat, suruh rakyat wakafkan duit. Macam NGO pula. Itulah
bukti Pas lembab dalam segala hal.
Maka sebab itulah Pas cuma boleh sentuh hal
DAP. Sebab dah tak ada topik lain Pas berdaya nak ungkap. Cuma mampu fitnah
DAP.
Boleh tengok sekarang DAP hanya senyap. Yang
berebut kuasa UMNO dan Bersatu. Tapi tiba-tiba Pas salahkan DAP. Nampak tak?
Tak habis dengan modal DAP nak rampas negara.
Sedang yang sebenarnya perampas adalah Pas sendiri... Jenis tak sedar diri.
Begitulah hikayat sebuah parti plastik
berjenama Islam yang diberi nama Pas. Parti tong kosong. Harap bunyi saja
bising tapi isi tiada.
Raja Gelap