CUKUP LA DI HUJUNG USIA MASIH NAK KELENTONG LAGI.INGAT ORANG BODO KA?


Faezuddin Puad


1. Dalam tulisan terbaru Tun Mahathir, dua kali beliau mengaku tiada majoriti untuk bentuk semula kerajaan. Di para 18 dan 26 jelas beliau nyatakan "Anwar peroleh 92 sokongan dan saya cuma mendapat 62 sokongan".


2. Maknanya, sokongan yang Anwar dapat lebih daripada Tun. Anwar lebih kuat daripada Tun.


3. Kenapa perlu Anwar beralah dan serah jawatan PM kepada Tun? 


4. Pemimpin yang ada lebih majoriti dituduh gila kuasa, manakala pemimpin yang sikit sokongan nak jadi PM kali ketiga tak gila kuasa?


5. Kalau benar ikhlas nak tubuh kerajaan semula selepas dikhianati, kenapa tak serah saja kepada Anwar? Suruh saja 62 sokongan yang Tun ada untuk menyokong Anwar. Tun boleh berhujah "Sokong Anwar bererti sokong saya." Itu kalau Tun ikhlas la. Tapi apa kami nampak sebaliknya. 


6. Tun dah letak jawatan, kemudian nak jadi PM semula, Tun sedar tak apa Tun buat ni? 


7. Cukuplah Tun.




 

No comments: