Mahathir diingatkan kemenangan PH bukan kerana dia!

 


Mahathir diingatkan kemenangan PH bukan kerana dia!


Mahathir tidak wajar untuk Anggap Kejayaan PRU 14 Adalah kerana sosok dia.

Kemenangan pada PRU 14 bukan kerana asas yang bermula pada tahun 2015, atau tahun 2016, sebaliknya ia adalah tapak yang dibina kembali sejak 2008.

Apabila Pak Lah dengan imej Mr Clean berjaya runtuhkan terus kekuatan parti pembangkang pada 2004, maka pembangkang mencuba kembali resepi 1999, iaitu kesatuan pembangkang hingga akhirnya pada 2008, parti pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti serta merampas Selangor, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah serta mengekalkan Kelantan.

Tun telah berdiri di tapak yang sedia kukuh, kenyataan bahawa DAP hanya mendapat 18 kerusi sebelum adanya dia juga adalah tidak benar, kerana pada PRU13, adalah 38 kerusi, diikuti oleh Keadilan 30 kerusi dan Pas ketika itu bersama Pakatan Rakyat, memperoleh 21 kerusi.

Pakatan Harapan sendiri sebelum Tun memiliki 80 kerusi asas. Disitu tapak sediada.

Kehadiran Mahathir bersama Pakatan Harapan tidaklah bermakna tiada erti, ada nilai tambah yang dirasakan memberi kesan, dan setiap kesan itu, besar atau kecil sememangnya kita perlukan.

Cuma amatlah tidak selesa sekiranya Mahathir beranggapan bahawa kemenangan dan sokongan kepada PH adalah kerana sosok tubuhnya, kerana rekod terakhir PRU yang disertai Mahathir adalah penolakan melayu terhadap UMNO (1999).

Jika tanya pandangan peribadi saya, faktor kemenangan PH pada PRU14 mengikut merit tertinggi adalah;

1. Kekuatan sediada PH di pantai Barat
2. Pertembungan 3 penjuru BN – PH PAS
3. Perlaksanaan GST
4. Skandal 1MDB
5. Imej Najib / Rosmah

Kemenangan di kawasan felda, mungkin boleh disebut ada peranan Mahathir namun sokongan melayu pada PH pada PRU14 hanyalah sekitar 25%, maka boleh disebut sekalipun mahu mengatakan ada faktor Mahathir, letaklah 10% dari 25% tersebut, jadi sumbangan keberadaan Mahathir adalah KECIL tapi signifikan kerana pada PRU 14, swing undi melayu yng kita mahu hanya sekitar 5%-7% untuk menang.

MQ



No comments: