Rafidah Abdullah
Pada 10 Februari 1946 bersamaan 8 Rabi’ulawal 1365H, orang Melayu di seluruh negara telah diajak untuk berhimpun secara besar-besaran di Batu Pahat bagi melakukan upacara mengangkat sumpah.
Ia merupakan ikrar yang mengandungi agenda atau garis panduan yang wajib dipatuhi dan ditaati oleh kesemua orang Melayu bagi membentuk dan mengekalkan ketamadunan bangsa. Ikrar ini juga disebut sebagai ‘Sumpah Melayu’ . Maka orang Melayu pun bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus mengharungi cabaran masa depan yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara. Lalu termaktublah sumpah ini sebagai SUMPAH MELAYU.
Sumpah ini dikarang oleh Dato' Onn Jaafar dan saya amat tertarik dengan ayat yang pertama:
"KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri”.
Sampai hari ini, ramai orang Melayu yang masih gagal.
Dato Onn adalah rakan seperjuangan Arwah Tok saya. Mungkin dari beliau, saya mewarisi semangat juang didalam diri ini.