Assalamualaikum
LAPORAN SEMAKAN ADUAN AWAM DARIPADA FACEBOOK KHAIDIR AHMAD BERKAITAN "KAYU BALAK SAIZ LUAR BIASA YANG MENCURIGAKAN" DI RNR TEMERLOH
1. Lori yang dilaporkan telah ditahan dan hasil semakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di Hentian Rehat dan Rawat Gombak arah Barat telah mendapati lori balak yang membawa muatan kayu balak sepertimana yang diviralkan dalam Facebook Khaidir Ahmad.
2. Hasil daripada pemeriksaan mendapati maklumat lori dan kayu yang dibawa adalah bersamaan dengan yang dinyatakan dalam pas pemindah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Di fahamkan bahawa kayu ini akan dihantar ke Kilang Evergrowth Timber di Selangor.
3. Pejabat ini amat menghargai aduan yang dilaporkan oleh masyarakat. Adalah diharapkan kepada masyarakat agar aduan yang sedemikian ini bolehlah disalurkan secara terus kemana-mana jabatan/agensi kerajaan yang bersesuaian termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Pahang agar tindakan lebih pantas dapat diambil.
4. Jabatan ini sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap semua aduan yang dilaporkan oleh masyarakat untuk memastikan agar khazanah hutan negeri, secara khususnya dapat diambil.
Sekian terima kasih.
DISEDIAKAN OLEH:
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG
23 MEI 2021