PANDANGAN MOHD SAYUTI OMAR

 

PERHATIAN

 

Merujuk kepada nasihat dan mesej Syeikh Faisol Hj Omar kepada seorang Ustaz yang mengeluarkan pandangan mengelirukan berhubung kegagalan solat Jumaat tiga kali berturut-turut sebagai berdosa dan patut bertaubat, agar Ustaz itu menarik balik kenyataannya, telah disambut baik oleh Ustaz berkenaan.

Dilaporkan hari ini beliau telah menarik balik dan mohon maaf atas apa yang berlaku. Samping itu beliau mengucapkan terima kasih kepada yang memberi panduan, mengkritnya ekoran kenyataan itu.

Ustazah itu juga berterima kasih kepada yang mencerca dan menghinanya. Syabas.

Apa dilakukan Ustazah ini sewajar menjadi iktibar dan teladan kita semua. Trims.

 

 

KEPELIKAN ORANG KELANTAN?

 

 

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Husin hampir 10,000 rakyat Kelantan berusia 60 tahun ke atas yang sudah daftar untuk dapatkan vaksin tidak hadir untuk disuntik.

Kegagalan hadir itu berbagai alasan termasuk yang menghilang tanpa dapat dikesan.

Sedih dengar berita begini yang sepatut tidak berlaku. Vaksin adalah antara penawar untuk cegah Covid kenapa perlu tidak cakna untuk mendapatkannya? Dah kebal sangatkah.

Rakyat negeri lain berebut untuk dapatkan vaksin tetapi di Kelantan peluang terngangga tidak disambut sewajarnya. Ini termasuk salah satu keunitan negatif orang Kelatan?

Kenapa berlaku demikian. Adakah mereka sudah didakyah dengan vaksin merbahaya. Orang Kelantan rapuh sangat dalam menilai sesuatu.

Mana para pemimpin dan ustaz dan ustazah politik yang sebelum rapuh berkempen dan mengajak rakyat untuk menerima dan berpegang kepada sesuatu pegangan. Kenapa tidak kempen ralyat Kelantan agar jadi mesra vaksin dan cerdik kesihatan.

Kes di Kelantan meningkat dari sehari ke sehari. Kelmarin saja 626 kes. Janganlah perangai huduh menolak vaksin. Tengok keadaan sekeliling dan insaf dengan apa yang berlaku. Jangan pula selepas ini salahkan kerajaan 2L1G kalau terjadi apa² yang tidak diingin ke atas diri masing².

Dan kalau rakyat Kelantan rasa mereka kebal, elok vaksin itu diberikan kepada negeri lain yang masih belum mencukupi. Ditawar apa kepada yang tak sudi. Trims.