MOHD ASRI
Huru hara..begitulah wajah sebuah kerajaan yang gagal. Gagal
mendidik juga gagal mengurus. Terang2 dipersendakan rakyat.
Teruk juga kerajaan kena troll sebab pengumuman PKP yang
diperketatkan ini. Ada juga yang bising, selama ini minta perketat PKP, bila
kerajaan buat terus bising. Nak apa sebenarnya?
Betul juga. Bukan sebelum ini ramai yang bising minta lockdown
ke? Tapi bila kedai makan boleh berniaga sampai 8 malam saja, ramai pula yang
bising. Susah la macam ni.
Sebenarnya, betul rakyat mahukan total lockdown. Kerajaan yang
tak berani. Kerajaan cuma berani perketat sahaja. Tapi rakyat sebenarnya bukan
marah kedai makan ni buka sampai pukul 8 saja. Itu sumber kemarahan kedua.
Sumber kemarahan pertama apabila kerajaan gagal selesaikan isu
utama. Apa isu utama?
Data menunjukkan hampir 60% jangkitan berlaku di kilang dan
kawasan pembinaan. Tapi cuma lihat PKP yang diperketatkan itu. Ada perubahan
pada operasi kilang dan pembinaan? Tak ada. Tapi dalam masa yang sama, kedai
makan jadi mangsa.
Keduanya, arahan ini separuh masak. Disebabkan banyak industri
masih tidak ditutup, maka masih ramai yang terpaksa keluar bekerja. Disebabkan
itu, mereka tak sempat masak sendiri di rumah. Tapi kedai makan tutup pukul 8.
Termasuk kedai burger.
Mereka pula habis kerja pukul 5. Gedebuk gedebak, pukul 6 baru
gerak. Dengan jalan jem bagai, sempat tak mereka nak beli makanan untuk makan
malam? Tentulah tak sempat. Jadi itulah puncanya kenapa rakyat bising dengan
arahan ini.
Kenapa tutup pukul 8? Kenapa tak dilanjutkan ke pul 10? Apa beza
tutup pukul 8 dan tutup pukul 10 malam? Itulah soalan yang ditanya. Jika
difikirkan, betul juga. Apa masalah dilanjutkan sedikit sudah alang-alang tak
ditutup?
Lebih pedih, mall dan gedung beli belah tiada pula terdengar
arahan tutup. Tapi kedai runcit semuanya habis diganggu. Jadi tampaknya arahan
ini seperti tidak seragam. Tampak macam kerajaan lebih kepada nak buli rakyat
miskin.
Adakah kerajaan takut dengan tauke besar?
Aku ada terbaca posting seseorang membuat kira kira kos
kerajaan. Aku tak ingat details tapi secara mudah, kerugian yang diranggung
kerajaan akibat PKP, jika ditambah kos pesakit di ICU pun, lebih murah
berbanding kerugian jika dilaksanakan total lockdown.
Aku tak tahu setakat mana kesahihan data itu tetapi ada
logiknya. Dan jika benar begitu, bermakna kerajaan lebih rela rakyat mati
ditelan Covid-19 dari menanggung kerugian akibat dari total lockdown. Benarkah
kerajaan sekejam itu?
Untuk orang yang mempersoalkan 'rakyat nak macamana lagi
sebenarnya', biar aku jawabkan. Rakyat mahukan perlaksanaan yang adil dan
berkesan. Rakyat mahukan langkah yang buat sekali tapi kesannya berkekalan.
Bukan langkah terpilih! Perusahaan kecil ditutup, yang besar
dibiarkan buka walau terbukti di situlah terdapat banyaknya jangkitan. Juga
arahan tutup melibatkan mall dan gedung beli belah, bukan setakat kedai kecil.
Macam selalu aku kata, tak nampak keseriusan kerajaan dalam
menghadapi pandemik ini. Tak ubah seperti melepaskan batoh di tangga. Buat
sekadar 'janji buat'. Dan itulah puncanya rakyat tak berhenti troll kerajaan di
media sosial.
Hakikatnya, kerajaan ini adalah #KerajaanGagal.
Dan kerajaan ini akan terus gagal bukan setakat kerana kabinet yang tidak
kompeten, tetapi kerana ia didirikan atas dasar pengkhianatan. Allah takkan
sekali-kali memberkati pengkhianatan.
Duhai marhaen, bersedialah untuk hidup susah. Negara kita menuju
ke corak sosioekonomi 2 level sahaja. Bukan 3 level seperti sekarang. Akan
hanya ada T10 dan B90. Tiada lagi level pertengahan.
Maknanya, yang kaya akan jadi sangat kaya manakala yang miskin
akan terus jadi miskin. Semua langkah yang diambil oleh kerajaan hari ini akan
membawa kita ke arah itu dengan lebih cepat.
Kita tak banyak sangat masa lagi di dunia ini. Tapi bagaimana
dengan anak-anak kita yang bakal mulakan kehidupan mereka sendiri tidak berapa
lama lagi? Dengan keadaan negara yang sebegini, dapatkah mereka survive?
Allah lebih mengetahui.
Sama2lah kita lihat bagaimana kerajaan yg terus menerus gagal
ini mengurus negara dan kesihatan rakyat...antara hikmahnya ianya akan
membuatkan rakyat semakin bijak menilai terutamanya b40. Tidaklah nanti
dikatakan sudah lah miskin bodoh pula.
Wallahu khairul makirin
Kifarah. -- Copypaste