KAH....MELAYU MUDAH LUPE ? HARI HARI KENA MAKI TAK MALU KE?

 


Umno lupa ke mereka kerajaan? Soal DAP

Umno lupa ke mereka kerajaan? Soal DAP

Seorang pemimpin Pemuda DAP menyelar dakwaan Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ahli Parlimen serta menteri Umno tidak terlibat dalam membentuk dasar negara.

Naib Pengerusi Pemuda DAP, Chiong Yoke Kong, berkata, Zahid begitu mudah “sengaja melupakan” bahawa menteri yang terlibat membentuk dasar penting juga “semuanya daripada Umno”.

Chiong turut mengingatkan Zahid bahawa Umno adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), seterusnya kenyataan Presiden Umno itu di Facebook semalam jelas mengetepikan konsep tanggungjawab kolektif dalam kerajaan.

“Saya mesti mengingatkan Zahid bahawa Umno adalah sebahagian daripada kerajaan PN, dan ramai pemimpin dari partinya itu juga menteri penting,” katanya dalam kenyataan.

“Paling utama, Ismail Sabri (Yaakob) adalah Menteri Kanan Keselamatan, Dr Adham Baba Menteri Kesihatan manakala Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Jadi boleh dikatakan dasar berkaitan SOP PKP (perintah kawalan pergerakan), kesihatan awam dan vaksinasi datang daripada kementerian yang dipimpin menteri terbabit,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata itu.

Dalam kenyataan di Facebook semalam, Zahid berkata tidak adil untuk mengaitkan Umno dengan kegagalan kerajaan PN memerangi penularan Covid-19 walaupun ada Ahli Parlimen dan menteri parti itu dalam kerajaan.

Katanya, ini disebabkan segala ketetapan mengenai dasar berkait pengurusan pandemik dibuat sepenuhnya oleh kerajaan pimpinan PN.

Menteri Umno lain dalam PN termasuk Hishamuddin Hussein (Menteri Luar), Annuar Musa (Wilayah Persekutuan), Noraini Ahmad (Pengajian Tinggi), Shamsul Anuar Nasarah (Tenaga dan Sumber Asli), Halimah Sadique (Perpaduan) serta Reezal Merican Naina Merican (Belia dan Sukan).

Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin kemudian mengadakan pertemuan dengan semua menteri Umno, susulan itu memutuskan semuanya akan kekal dalam kerajaan.

Muhyiddin berkata, beliau menasihatkan menteri Umno terbabit supaya mengekalkan jawatan mereka dalam Kabinet demi kepentingan rakyat dan negara, kerana kerajaan memfokuskan untuk memerangi Covid-19, memastikan suntikan vaksin serta memulihkan ekonomi. – FMT

No comments: