KETAT KETAT KETAT...

 

MOHD MUKHLIS

May be an image of 1 person and text that says "Anwar Ibrahim @anwaribrahim 5h SOP yang diperketat harus dijelaskan dengan data dan sains. Misalnya, bagaimana potong waktu operasi kedai makan jam ke pukul 8 malam dapat kurangkan jangkitan? la hanya akan tambah kesesakan, bebankan peniaga dan penghantar makanan. Apakah ini didukung oleh sains? BERNAMA @bernamadotcom 7h All business operations nationwide to be limited from 8 am to 8 pm daily from May 25 Ismail Sabri @IsmailSabri6 @MKNJPM @MITIMalaysia Show this thread BARN CHERY BERNAMA 147 3,287 2,305"

Kenapa Di Perketat?

1) Itu aje yang terjangkau dek akal 73 menteri kabinet. Genius macam Kasim Baba, hafal part nak buka pintu gua tapi lupa mentera nak keluar pintu gua. Kira macam kuah kari yang duk perangat sampai 3 kali, beza kali ini katanya, depa letak perahan limau purut. Adakah ianya akan membawa sebarang perubahan? Sudah tentu tidak. Ini yang orang kata kegilaan. Buat benda yang sama berulang kali dengan harapan untuk dapat keputusan yang berbeza

2) Duit dah takde, honeymoon is over. Hangpa ingat menteri bankers tu reti berfikir di luar kotak ke? Kalau dah sampai jarah duit KWAN, maknanya kerajaan dah takde duit. Nak tengok macam mana smart menteri kewangan itu, hangpa tengok bab LGE handle duit penajaan World Cup 2018; macam mana rakyat kita boleh tengok World Cup tapi kerajaan tak payah keluar duit. Itu beza menteri kreatif dengan menteri yang auto-pilot.

3) Di perketat itu sendiri adalah ambiguous dan tidak di sandar pada data. Satu nilai aesthetic yang tak ada harga dari segi data. Mana tak nya, beza waktu operasi di pendekkan 2 jam pun tidak di pacu oleh sains dan data. Tapi sebagai kerajaan yang di pacu oleh cabutan 22 kali setahun, apa lagi yang boleh kita harap?

3) Alih-alih Polis juga yang jadi mangsa suruh buat lebih banyak Sekatan Jalan Raya. Kalau depa kaji, pandemik fatigue ini berpunca dari dwi-standard Menteri. Kalau tak ada dwi-standard dalam hukuman, rakyat Malaysia pasti tak ada masalah untuk patuh dengan arahan. Ingat apa Peguam Negara Melayu Isle kata pada kes At-Takkuarinti lepas kertas siasatan berpusing berbulan-bulan? NFA tuan-tuan

4) Nak settle pandemik ini tak susah pun. Satu kena banyakan Mass Testing dan Dua, vaksinasi rollout kena buat secepat mungkin untuk capai herd immunity. TAPI DUA-DUA KENA GUNA DUIT.

5) Jangan cerita bab vaksinasi kita (34K doses sehari) yang lagi lembab dari Myanmar (112K doses sehari), kalau ikut rate ini, lagi 3.7 tahun baru capai 75% populasi. Mungkin ini cara depa nak sambung darurat?

6) Tapi sebelum nak vaskinkan orang, kena ada Vaksin dulukan? Pelik tak tang Budget 2021 bloated di parlimen, depa dah request RM3 billion duit untuk vaksin. Tiba-tiba angin tak ada, ribut tak ada, depa guna 5 billion pula duit KWAN untuk beli Vaksin. Habis tu kenapa tak request 8 billion siap2 waktu budget 2021? Hangpa nak tau details macam mana parlimen tak di buka. The only way nak tahu siapa yang dapat laba dari vaksin deal ialah bila kerajaan ini jatuh.

7) Pastu bab mass testingpun depa dah failed. Padan la hari tu Dr Musa Nordin kritik KKM, yang duk obses dengan PCR sahaja sebab result dia lambat walaupun lebih tepat. Sepatutnya KKM kena buat mass testing dan open testing macam Selangor buat, guna both PCR (99%) dan RTK (90%). Contoh macam saya sendiri hari tu, pergi klinik kesihatan sebab tak sihat dan macam ada sintom, tapi apa depa tanya? "Encik ada kontak rapat dengan pesakit Covid tak?". Kalau takde kontak rapat, kena buat dekat private. Dah la nak check kat private tu bukan murah, RM150 tu bagi satu keluarga B40 boleh buat belanja dapur satu minggu.

Description: 😎Nasib baik dalam kes saya ini false alarm. Tapi cuba kita fikir kalau someone yang positif tapi tak bergejala dan dia di tolak oleh KKM sebab tak ada kontak rapat dengan pesakit Covid. Lepas tu pula sebab kos RM150 tu mahal, dia pun syokla berjalan ke sana ke sini ingat dia okay tapi sebenarnya jadi super spreader. Dah la nak buat test itu sendiri pun ramai yang takut even percuma, bila tambah dengan kos lagi ramai la orang tak mahu.

9) Sebagai penutup, kita sudah boleh jangka apa result dari flip flop SOP di perketat ini. Kiranya macam menunggu ending cerita wayang yang teruk, nak keluar dah bayar rasa rugi, tapi tak keluar rasa buang masa. Jadi kini kita boleh faham kenapa ulama mengariskan ciri-ciri pemimpin adalah orang yang Qawwi (kompetant & kuat) dan Amin (Amanah); bukannya pandai baca doa dan jadi imam solat.

10) Beruntung lah umat Melayu Islam dapat lihat kebenaran hadis Nabi tentang pemimpin yang di lantik tapi tidak Amanah.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA dia berkata: Nabi SAW bersabda: “Apabila sesuatu amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari kiamat. Lalu Baginda ditanya: Bagaimana amanah itu disia-siakan? Lantas Rasulullah menjawab: Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya (yang berkelayakan), maka tunggulah kedatangan kiamat.”(Sahih al-Bukhari, no: 59)

WAllahualam