BOM YANG AMAT MERBAHAYA UNTUK KEHIDUPAN DUNIA

 May be an image of aeroplane and outdoorsMay be an image of tree and text that says "200,000ft 180,000ft 160,000ft 140,000ft 120,000ft 100,000ft 80,000ft Average commercial airline altitude 60,000ft Mt Everest 40,000ft 20,000ft 15 kiloton Hiroshima Japan, 1945 21 kiloton Nagasaki Japan, 1945 1 megaton 15 megaton Licorne Castle Bravo France, 1970 USA, 1951 50 megaton Tsar Bomb Russia, 1961"No photo description available.May be an image of sky


FB  MAN TOBA

Tsar Bomba merupakan nama bagi sebiji bom nuklear yang menghasilkan letupan paling kuat yang pernah dijalankan dalam sejarah dunia.

Bom ini telah di uji disebuah kawasan bernama Novaya Zemlya, Russia pada 30 Oktober 1961.

Kekuatan bom ini sebanyak 50 mega tan, ianya bersamaan 1,400 kali ganda kekuatan 2 bom atom yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki.

Kekuatan asal bom ini adalah 100 mega tan, tapi telah dikurangkan mengelakkan pesawat yang melepaskan bom ini terkena kesan sekali.

Bom seberat 27 tan dan sepanjang 8 meter ini digugurkan guna payung terjun dari ketinggian 10.5 km dan meletup pada ketinggian 4 km.

Bola api hasil letupan yang terhasil teramatlah besar, berdiameter 8 kilometer dan ia boleh dilihat sejauh hampir lebih 1000 kilometer.

Mushroom cloud yang terbentuk selepas itu mencecah ketinggian sekitar 64 kilometer.

Kesan terbakar dari letupan tersebut boleh dirasai sejauh 100 km dari kawasan ujian.

Dipercayai tingkap kaca rumah turut pecah yang dilaporkan sejauh finland dan Norway.

#sejarah