Satu kisah Air Asia.



Aku dibantu oleh seorang kawan, belikan tiket untuk aku boleh pergi ke Sabah dengan Kota Kinabalu pintu masuknya.

2. Tujuan pergi untuk aku katanya tolong-tolonglah Calon UMNO/BN tu abang.. Saya belikan tiket untuk abang.

3. Bila dia bagi cetakan tiket.. aku akan terbang jam 2.40 ptg. Maka saperti biasa aku akan pergi awal. Jam 12.00 tengah dah sampai KLIA 2. Aku kenal sangat masalah Lapor Masuk dengan Air Asia. Dengan bantuan seorang kakitangan Air Asia. Lapor Masuk berjalan dengan baik. Aku diberikan pass berangkat.

4. Tanpa aku periksa dan dia pun tak beri tahu bahawa no pesawat aku bertukar dari Jam 2.40 ptg ke 2.05 petang. Jam 2 Petang.. aku masih diluar diluar tidak masuk ke pintu berangkat. Jam 2.15 aku masuk ke Terminal yang aku tertulis dalam tiket asal.

5. Sampai jam 2.30 aku tengok di pintu keberangkatan aku tidak ada orang. Dalam fikirkan aku tak kan kosong penerbangan ke Kota Kinabalu. Maka aku bertanya dengan pertugas yang berada di pintu itu. Betulkah ini tempatnya dengan menunjukkan tiket asal. Pertugas itu menjawab.. pesawat sudah terbang jam 2.05 minit tadi. Kamudian dia minta pass berangkat. Kan Pak Chik.. kena lapor jam 1.35 tengah hari, ujar lagi. Waduh kata aku.

6. Baru akun tahu bahawa jadual penerbangan aku sudah berubah. Maka pertugas itu minta berhubung dengan Pusat Perkhidmatan Air Asia dan dia menambah bagasi aku sudah dikeluarkan dan minta aku ambil bagasi di Pusat Perkhidmatan itu.

7. Aku ikut arahannya. Di Pusat Perkhidmatan Pelanggan aku di serahkan bagasi aku semula. Pegawai Pertugas kata.. naik semula ke Pusat Pelanggar aras 3. Jika mahu membeli tiket semula.. Tiket itu di kira sudah 'burn' atau terbakar. Tak boleh berbuat apa-apa.

8. Aku pun naik ke Pusat Pelanggan di Lobby Pelepasan. Aku mengadu dan menceritakan apa yang terjadi. Siapa yang silap, aku atau Air Asia atau kedua duanya. Aku dan Air Asia.

9. Mula-mula pertugas itu berita tahu ada dua penerbangan . Yang pertama jam 5.00 petang harga tiketnya dalam 760.00 ringgit dan jam 8.00 malam harganya 240 ringgit. Aku pun merayu.. bahawa aku pun lewat. Kegagalan kerana tiket dan pas pelepasan berbeza. Bagaimana pun aku sudah bersedia untuk membeli tiket baru.

10. Kerana pertugas itu tidak ada autoriti.,dia berbincang dengan pegawai atasannya. Akhirnya keputusan tiket aku diganti dengan penerbangan jam 5.00 petang tanpa membayar sebarang bayaran tambahan.

11. Pegawai bertugas Air Asia berjumpa aku.. namanya Zamry. Aku melawak dengannya macam nama Pengerusi MAB aja. Kira-kira saya jumpa Pengerusi MAB lah ini.. Dia ketawa. Dan bagi Air Asia dia minta maaf.

12. Biasanya aku ada dua kad nama. Satu ada tulis Dato' dan satu kosong. Aku bagi yang tidak Dato.. maka berkali-kali dia panggil Encik Zaharin. Aku senyum sahaja dan ucap juga terima kasih kepadanya. Kerana katanya jarang berlaku Air Asia akan mengganti tiket dan itu bukan dasarnya. Tetapi penjelasan En Zaharin, saya terima. Pegawai kaunter Lapor Masuk tidak memberi tahu pertukaran jadual penerbangan.
Ini satu kisah yang perlu aku catatkan.. supaya peringat kepada yang lain. Bila naik Air Asia jangan tengok tiket yang asal sebalik tengok maklumat dalam Pass Berangkat (boarding pass). Jika tidak menjadi saperti aku.. tertinggal pesawat.

Sang Kelembai
September 10, 2020
Kota Kinabalu. Sabah.


No comments: